Tuesday, 16 April 2019

BIRTHDAY CAKE FOR TEENAGE GIRL



Assalamualaikum


Sesekali tajuk omputih..he he he.. saja nak share kat blog ni kalau-kalau ada yang kering idea nak buat kek tema apa untuk anak perempuan yang meningkat remaja.

Sedar tak sedar, 4 tahun berturut2 saya buatkan kek birthday untuk Aliah.



Tahun 2016 waktu Aliah Darjah 6 saya buatkan Kek Piano...dapat ilham dari Instagram...lagipun Aliah memang minat muzik dan sekarang ni tiap2 hari dok main piano..




Tahun 2017 Ibu buatkan Kek bentuk Ukulele warna pink sama macam Ukulele yang ada kat rumah ni... Aliah memang pandai sangat main Ukulele...




Tahun lepas Ibu buatkan Kek Red Velvet hiasan macaron. Masa ni ada kenduri doa selamat dan kesyukuran..jadinya sekali Ibu buatkan Kek Birthday untuk Aliah.. deko pun main belasah je sebab banyak kek yang Ibu kena buat masa haritu.. boleh tengok kek-kek dan dessert kat header blog ni..



Dan tahun ni Ibu buatkan Kek Birthday karaktor Sally Line sebab Aliah suka sangat kumpul koleksi barang-barang Sally ni.. kawan-kawan Aliah pun suka bagi Aliah barang-barang Sally.. Ibu boleh bagi kek aje..he he..

Tahun depan tak tau lagi nak buat kek apa.. mungkin kek kasut Nike ke..heheh..





Wassalam