Sunday, 14 April 2019

BIRTHDAY SURPRISE UNTUK ALIAH




Assalamualaikum


Birthday Aliah tahun ni saya bercadang nak buat surpsrise untuk Aliah kat sekolah. Jadinya saya minta tolong BFF Aliah iaitu Maisarah untuk menjayakan birthday surprise ni. Tapi saya takde no hp Maisarah. Nak tanyakan kat Aliah takut nanti Aliah perasan pulak kenapa tiba-tiba Ibu mintak no hp Maisarah pulak kannnn... emmmmm fikir punya fikir, Ibu pun cari Maisarah kat Instagram. Bila dah jumpa IG Maisarah, Ibu pun DM. Alhamdulillah Maisarah bersetuju nak komplot untuk Birthday Surprise Aliah kalini. Oh legaaa Ibu.



Petang Khamis tu waktu Aliah pergi tuition, Ibu pun bakar kek coklat moist dan siap sekali buat Creamcheese Frosting. Aliah balik tuition nampak Ibu tengah melepa kek ni, dia cakap kek apa warna kuning ni, macam pulut kuning katanya..he he he..



Kalini Ibu buatkan Aliah Kek Sally Line, karaktor yang agak terkenal di Korea. Sebab Ibu tengok Aliah suka sangat kumpul koleksi barang-barang Sally ni. Bila dah siap lepa. Ibu tak buat dulu muka bahagian atas. Jadinya Aliah takkan tahun kek tu gambar apa.



Malam tu waktu Aliah siapkan kerja sekolah kat bilik dia di tingkat atas, Ibu dan Kakak cepat-cepat siapkan Roti Tuna karaktor Sally ni. Sambil buat sambil tengok tangga. Kot la tiba-tiba Aliah turun dari atas.

Waktu tengah packing, tiba-tiba Aliah turun. Apalagi kelam kabut Ibu dan Kakak bawak semua benda kat bilik belakang. Phewww nasib sempat. Aliah tak perasan yang Ibu dan Kakak buat roti ni..he he...



Comel kan Roti Tuna karaktor Sally ni..bahagian mata dan mulut juga adaah daripada doh roti.



Pagi lepas Aliah dah pergi sekolah, Ibu siapkan Cheese Tart karaktor Sally ni pulak. Seksi sungguh mulut si Sally ni... hikhik...



Tepat pukul 10 pagi, Hari Jumaaat 12/4/2019, Ibu sampai kat sekolah Aliah. Tak lama tu Maisarah dan kawan sekelas Aliah datang ambik barang-barang ni. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Bila Maisaran whatsapp Ibu video surprisekan Aliah kat kelas, Ibu rasa shahdu, seronok dan lega bila melihatkan Aliah nampak happy sambut birthday dengan kawan-kawan sekelasnya.

Balik dari sekolah, Ibu tunggu Aliah kat rumah, Ayah yang pergi jemput Aliah kat sekolah. Sampai je Aliah kat rumah, terus Aliah cium tangan dan pipi Ibu pastu cakap "Terima Kasih Ibu"😍😍😍

Alhamdulillah anak bongsu Ibu dah umur 15 tahun. Mudah-mudahan Aliah sentiasa cemerlang dalam pelajaran, sentiasa sihat selalu, sentiasa dengar cakap Ayah dan Ibu dan hidup sentiasa diberkati oleh Allah.

Jumpa lagi, inshaaAllah 😍😍😍



Wassalam