Wednesday, 4 July 2018

HIDANGAN HARI RAYA UNTUK TETAMU



Assalamualaikum


Dari minggu lepas sampai hujung minggu ni saya memang sibuk siapkan tempahan... terasa penatnya bila dari pagi sampai ke malam bersambong-sambong kerja... dalam pada sibuk siapkan semua oder, sempat juga saya siapkan hidangan untuk tetamu yang datang beraya kat rumah...

Malam Satu lepas kawan-kawan kelas Abang Ngah datang ke rumah.. hari Ahad kawan-kawan sekolah saya pulak yang datang... yang ni kawan baraan...baraan tu maknanya beraya dari rumah ke rumah dalam satu kumpulan..


Oleh kerana rumah saya yang pertama, saya sediakan hidangan untuk brekfes sebab kawan-kawan datang dalam pukul 10 pagi... nak masak nasi lemak memang saya tak rajin..he he.. jadinya saya sediakan brekfes ala-ala English Breakfast... yang ni memang minat saya dan nak siapkan semua ni pun kejap aje..




Fudgy Brownies..



Creampuff tu saya siapkan untuk customer pada hari Sabtu... ada lebih saya wrap dan simpan dalam petisejuk... masih sedap tetamu makan masa hari Ahad tu.. kek tu kek sourcream dengan creamcheese frosting..



Tuna Puff ni saya guna instant puff pastry aje.. mudah dan cepat siap..



Pizza Pepperonni saya siapkan malam tu... pastu saya frozenkan... pagi Ahad tu saya defrost dan bakar semula dalam oven... spagheti saya siapkan awal pagi..




Sourcream Buttercake dengan Creamcheese Frosting... sedap juga kek sourcream ni digabungkan dengan creamcheese...




Seronok tengok semua dah siap terhidang atas meja... satu kepuasan bila semua kita buat sendiri...gituuuuu...



Wassalam