Sunday, 24 June 2018

TEMPAHAN DESSERTS SHAH ALAM


Assalamualaikum



Harini saya memenuhi undangan kenduri kahwin anak cousin saya di Alor Gajah, Melaka.. selalu saya tak dapat nak hadir kalau kenduri kahwin hari Sabtus sebab selalunya hari Sabtu saya ada kelas kat rumah... jadinya sementara takde kelas lagi ni, saya ambik kesempatan untuk hadir di majlis kenduri yang menjemput...takde la jauh sangat Alor Gajah dari Shah Alam... 2 jam dah sampai.. jalan pun tak jem harini.. pergi balik tak jem.. alhamdulillah dah selamat sampai rumah..



Pagi semalam sibuk juga saya siapkan semua tempahan bermula dari malam sebelum... mana yang boleh saya buat awal, saya buat siap malam... contohnya macam brownies Doorgift ni boleh buat awal... yang ni customer nakkan brownies siap pek dalam bekas untuk dibuat Doorgift sempena Khatam Al Quran baru ni... nasib la sikit aje yang untuk Brownies Doorgift ni sebab saya bab-bab mengikat reben ni agak lemah sikit..heheh..



Yang ni ada lagi 3 Brownies untuk customer yang lain...



Nutella Pod pun ada... senang aje buat Nutella Pod ni sebenarnya... kalau ada yang nak oder atau kalau nak belajar buat Nutella Pod ni pun boleh...


Masa tengah susun buah Fruuit Tart ni customer dah tunggu kat depan rumah... nasib la tinggal susun buah aje.. yang lain semua dah siap...phewww...




Creampuff ni saya siapkan lepas Subuh... oven saya besar... sekali masuk boleh muat 4 tray, 100 biji...


Lepas je siap semua, baru lah kitorang berjalan beraya kat KL... sebelum  nak balik rumah, sempat singgah My Town, Cheras.. 



Pagi tadi tengok Whatsapp, wahhhh seronoknya dapat feedback dari customer yang saya siapkan tempahan untuk open house rumah customer semalam... Alhamdulillah, kalau dapat feedback macam ni tanpa perlu ditanya adalah satu kepuasan bagi seorang baker.. hilang semua lelah masa nak siapkan tempahan tu semua 😍😍😍


Kalau ada yang nak oder atau nak belajar buat dessert-dessert ni semua boleh whatsapp saya 0193867360 okey... tqqq :)




Wassalam