Thursday, 21 June 2018

MENU SARAPAN SIHAT



Assalamualaikum


Selamat pagi semuaaaa... dah sarapan ke belum... sebelum nak siapkan tempahan Marble Cheese Brownies kejap lagi, boleh la saya update 1 entri untuk harini... lagipun saya baru keluarkan creamcheese dari petisejuk... biar creamcheese tu lembut sikit nanti senang nak pukul dengan gula...



Bila dah makin berumur ni, saya seboleh mungkin cuba untuk amalkan Eat Clean Diet dalam setiap hidangan yang saya ambil setiap hari... selalunya untuk sarapan saya akan minum shake Herbalife di Kelab Nutrisi Seksyen 2, Shah Alam.. tapi kalau tak ke kelab Nutrisi tu saya suka bersarapan dengan bijirin dan susu low fat... 




Saya tak berapa gemar Overnight Oats...saya lebih suka rolled oat lepas curah susu terus makan... ditambah pulak dengan corn flakes dan kuaci hijau...oh sedapnya...krap krup gituuuu...



Masa balik kampong husben haritu pun saya siap bawak bekal bijirin ni...dah siap pek macam ni dalam bekas container... bila nak makan tinggal curah susu aje... sedap ni tau... korang boleh cuba... inshaaAllah nanti saya kongsi menu Eat Clean untuk lunch dan dinner pulak ye...




Wassalam