Monday, 11 June 2018

ArianiXGuardian




Assalamualaikum


Dua minggu lepas saya ada beli barang kat Guardian, Seksyen 7 Shah Alam... masa nak bayar tu adik cashier tu tanya, "Akak nak tak beli tudung Ariani ni... ada 4 design.."... masa tu saya tak terfikir pun nak beli sebab tudung Ariani tu jenis kain satin... saya takut susah nak bentukkan lebih-lebih lagi bila waktu nak makan, takutnya tudung tu melorot..he he... tapi bila balik rumah, tengok baju raya yang dah dibeli, teringat pulak tudung Ariani warna biru yang dekat Guardian tu... macam sesuai aje kalau padankan dengan baju raya saya tahun ni...


Jadinya minggu lepas saya pun pergi semula ke Guardian tu dengan hajat nak beli tudung Ariani warna biru... nasib baik masih ada sehelai yang warna biru ni... lega makcik... harga tudung yang saya pakai ni RM89.90... balik rumah terus cuba pakai... eh best pulak...takde la susah sangat nak bentuk tudung Ariani satin ni... elok terletak kat bahagian muncung atas tu kannn.. 😍😍😍

Ingat esok nak beli yang warna pink pulak la...harap masih ada stok kat Guardian tu... boleh jugak saya pakai masa Hari Raya ke dua nanti 😊



Wassalam