Monday, 28 May 2018

KELAS ONLINE KUIH MELAYU



Assalamualaikum


Salam Ramadhan hari yang ke 12 kita berpuasa... petang ni cadangnya nak buat Karipap Sardin dan Agar-agar Sirap Laici... berbuka petang ni saya nak masak Meehun Goreng aje...semua pun dah setuju, senang kerja Ibu kannnn...tadi dah siap-siap beli balang kuih raya... Rabu ni nak start projek Cookies Raya... tak tau la kalau dah start buat cookies nanti saya masih sempat masak untuk berbuka atau tidak... harap saya rajin..boleh dapat augerah Tokoh Ibu Mithali..he he..


Untuk pengetahun semua, saya juga ada buat Kelas Online Kuih Melayu untuk Kuih Puteri Ayu, Cara Berlauk dan Kaswi Lompang... kalau ada yang teringin nak buat sendiri kuih-kuih ni dan dah banyak kali cuba resepi kat internet tapi masih tak menjadi, boleh la join Kelas PJJ Kuih Melayu saya ni... inshaaAllah semua boleh buat kuih-kuih ni... Kelas Online atau PJJ ni saya sediakan Grup FB yang lengkap dengan info dan video step by step... student boleh tengok bila-bila masa dan berulang kali... kalau masih tak faham, boleh aje bertanya pada saya... saya ok kalau tanya banyak kali pun..he he..

Resepi Puteri Ayu ni takde letak ovelet tapi tetap lembut dan gebu... kalau nak buat frozen pun boleh... surirumah kalau rasa nak buat duit dari rumah sesuai sangat join Kelas Online Kuih Melayu ni.. ramai yang dah berjaya buat... yuran pun takde la mahal... hanya RM30.00 untuk 3 resepi Kuih Melayu ni... 

Pada yang berminat boleh whatsapp saya 0193867360 okey... terima kasih :)



Wassalam