Saturday, 26 May 2018

COOKIES RAYA 2018




Assalamualaikum


Sedar tak sedar dah 10 hari kita berpuasa. Tahun ni saya mula ambik tempahan cookies untuk raya. Ambik sikit-sikit je... buat sorang-sorang... buat perlahan-lahan... takmo stress stress... masuk puasa hari ke 16, baru saya akan start buat... dapat duit cookies tu nanti boleh la saya beli sofa baru..hikhik.. ingat nak beli sofa 3 seater Fella Design... buat tambah kat ruang yang ada kat rumah ni... tu yang semangat nak ambik oder cookies tu..heheh..

Tempahan Cookies Raya yang saya buat untuk tahun ni :-


Raspberry Jam Butter Cookies




Callebaut Chocolate Chip Cookies




Red Pearl Cornflakes Cookies




Peanut Butter Cookies




Brownies Cookies Crispy


Saya dah tutup untuk tempahan cookies-cookies ni...tapi kalau ada yang nak belajar buat, boleh join Kelas Online Cookies saya ye... Kelas Online PJJ ni disediakan grup dalam FB yang lengkap dengan info dan video step by step... student boleh tengok bila-bila masa dan berulang kali.. kalau masih ada yang tak faham, masih boleh bertanya pada saya... inshaaAllah saya akan guide sampai jadi..




Jumpa lagi, inshaaAllah :)



Wassalam