Tuesday, 17 January 2017

TEMPAHAN CHEESE TART DAN CREAMPUFF SHAH ALAM




Assalamualaikum


Saja nak update tempahan Cheese Tart dan Creampuff untuk minggu lepas...sementara nak tunggu pukul 6.40 petang nak ambik Aliah kat sekolah kejap lagi..




Creampuff dan Cheese Tart ni saya siapkan untuk kawan lama, kak Aiza... kak Aiza ni yang tolong tengokkan abanglong masa abanglong darjah satu... kak Aiza memang suri rumah...jadinya setiap kali rehat akan tunggu anaknya kat kantin... abanglong dulu kan kelakar sikit kan... saya pulak masa tu kerja takleh nak datang jenguk waktu rehat.. tu yang selalu mintak tolong kak Aiza tengok-tengokkan abanglong... sekarang ni anak kak Aiza, Sakinah dah kerja pun...balik dari oversea tahun lepas terus dapat kerja... rezeki Sakinah kan terus dapat kerja... abanglong pulak dah semester akhir Degree kat UiTM Jasin... pertengahan bulan 2 inshaaAllah praktikal... harapnya lepas habis Degree nanti abanglong terus dapat kerja... ibu lah orang yang paling bahagia masa tu.. he he..



Sekarang ni saya jual cheese tart muncit sikit.. shell tart saiz 5cm... untuk adunan 250gram creamcheese saya akan dapatkan betul2 25 biji cheese tart..



Creampuff pulak saya jual 25 biji RM25..dan minimum oder 50 biji...



Cheese tart yang ni tempahan hari Ahad lepas... jejaka hensem yang oder untuk kali ke 2..he he.... suka pulak customer ni oder cheese tart... masa tu lagi 5 minit customer dah nak datang, saya masih tengah dok buat bunga ala-ala vantage ni... nasib la customer ni sanggup tunggu kejap.. oh legaaaa...


Ceria selalu :)



Wassalam