Monday, 30 January 2017

KEK PADANG BOLA




Assalamualaikum



Alhamdulillah dah selamat sampai dari Kuantan petang semalam. Seronok dapat bercuti bersama-sama satu keluarga. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki untuk bercuti kat tempat lain pula. Tahun ni dah lega sebab Aliah dan Azwa dah takde exam besar. Abanglong pulak dah habis semua semester, tinggal tunggu result dan praktikal. Abangngah pun dah final semester dan last exam bulan 3 nanti. Jadinya boleh la kitorang merancang nak bercuti dalam tahun ni, inshaaAllah.


Kek Padang Bola yang saya siapkan untuk birthday anak exstudent, Sham..sebelum nak deko macam ni, saya google dulu gambar-gambar kek padang bola yang ada. Saja nak cari ilham. Kalau boleh nak buat deko lain daripada deko yang pernah buat sebelum ni.

Kek ni adalah Kek Coklat Moist dengan Creamcheese Frosting, loyang 10 x 10.




Kalau ada yang nak oder kek padang bola ni boleh whatsapp saya 0193867360.. kalau ada kelapangan, inshaaAllah saya boleh siapkan.. tqqq :)





Wassalam