Monday, 30 January 2017

KEK DISNEY PRINCESS




Assalamualaikum



Tengah semangat nak update blog sementara menunggu kakak bersihkan ayam. Harini nak masak yang bakar-bakar dan rebus-rebus aje. 3 hari 2 malam bercuti asyik makan dan makan, makanya kitorang semua dah terlebih makan. Seminggu ni kena detox balik bagi kempis sikit perut. Senang bila anak-anak semua dah besar, dah boleh diharap dan disuruh. Aliah masak nasi dan petik sayur bayam. Azwa pulak bersihkan ayam dan perap dengan bahan-bahan perapan. Ohhh seronoknya ibu boleh dah relax sambil-sambil update blog..he he.. Syukur dapat anak perempuan yang rajin menolong kat dapur..


Cerita pasal anak perempuan, ni pulak kek untuk budak perempuan. Kek tema Disney Princess yang saya siapkan untuk anak exstudent, Haslina. Disney Princess ni watak Cinderella, Snow White, yang lain lupa apa nama..he he.. patung-patung ni dijual 1 set dan saya beli kat Whisk, Seksyen 20, Shah Alam... harga 1 set patung ni RM29.00.. Hiasan bunga gumpaste ni pun beli kat Whisk juga... untuk makluman semua, dalam pertengahan bulan Februari ni, Whisk akan buka 1 lagi cawangan di Seksyen 9, Shah Alam... suka saya sebab lagi dekat dengan rumah. 



Deko simple aje.. yang penting nampak kemas dan tak sarat.



Nak nampakkan kelainan saya buatkan reben daripada fondan... 



Ohh comelnya gambar birthday girl, Rania dengan Kek Disney Princess..geram je tengok Rania ni :)



Ceria Selalu :)



Wassalam