Tuesday, 13 December 2016

FROZEN THEMED CAKE



Assalamualaikum



Dah hujung tahun ni rasa nak berehat aje kan... seronoknya kalau dapat pergi jalan-jalan satu keluarga... tapi macam saya sekarang ni susah sikit kalau nak bercuti sebabnya abanglong dan abanglong cuti semester tak sama... pulak tu masing-masing sekarang ni dah masuk final semester... jadinya makin sibuk diorang nak siapkan projek dan assignment... kalau nak berjalan-jalan tanpa diorang berdua, rasa tak sampai hati la pulak... makanya bawak Azwa dan Aliah jalan-jalan kat shopping complex aje la gamaknye..he he..


Bersambong cerita tajuk di atas... Kek Tema Frozen ni saya siapkan hari Jumaat lepas.. kek ni Kek Coklat Moist dengan Cream Cheese Frosting... Customer nak ada coklat leleh kat tepi... saya pulak teringin nak buat coklat leleh warna biru untuk kek ni..jadinya saya gabungkan dua-dua coklat leleh sama-sama...hikhik..



Kalini letak Anna, ELsa dan Olaf atas kek ni.. taknak letak semua patung2 kecik tu sebab takut tergolek bila bawak kek ni naik kereta.. customer nanti pandai la nak letak yang 3 patung tu kat mana-mana kannn...



Bila dah banyak kali praktis, pandai dah saya dapatkan lepaan yang licin disekeliling kek..



Kiranya berjaya jugak saya gabungkan leleh kedua-dua coklat ni :)




Leganya saya bila nampak kek masih sempurna masa Birthday Girl potong kek ni... suspen jugak kot la kalau tetiba si Anna dan ELsa tu dah tergolek atas kek...he he... tqqq pada customer yang oder :)



Ceria Selalu :)



Wassalam