Saturday, 19 November 2016

TEMPAHAN ROTI UNTUK SEKOLAH SHAH ALAM




Assalamualaikum


Seminggu dua ni saya agak sibuk menyiapkan tempahan roti untuk salah sebuah sekolah di Shah Alam... roti-roti ni pihak sekolah sediakan untuk pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan SPM... jadinya waktu rehat pelajar-pelajar ni tak perlu susah-susah nak beli kat kantin...sebelum ni saya kena siapkan untuk PT3.. kenapa la sekolah anak saya takde pulak sediakan roti masa exam PT3 haritu..he he...

Ini adalah antara roti-roti yang saya hantar kat sekolah tu... setiap hari kena bertukar dan ikut bajet sekolah... untuk sekolah selalunya harga roti takde la mahal...tapi walaupun dengan harga roti yang sederhana, kualiti roti tetap dijaga walaupun hanya untuk budak sekolah...





Yang ni Roti Mini Pizza Pepperoni...  syukur la walaupun dah takde pembantu tapi Azwa dan Aliah rajin menolong ibunya ni menimbang doh... kalau ibu sorang yang buat semua taktau la siap pukul berapa..he he..





Roti Pandan Kaya dan Kacang Merah... saja buatkan 2 biji doh dalam 1 cup... nampak meriah kaler hijau pandan ni kannnn...




Roti Coklat...dalamnya ada inti coklat... budak-budak suka la makan roti ni... kalau orang tua suka roti kacang merah atau roti kaya...




Roti Butter Gula... suka gak buat roti ni...senang sikit kerja...





Roti Cheese Gula... masa ni rasa nak pengsan sebab kena uli 7kg tepung buat dari petang sampai pukul 2, 3 pagi...





Yang ni pulak adalah Roti Tuna... kalau kena siapkan tempahan roti yang banyak saya memang suka buat roti yang bulat2 aje...sebab cepat siap dan senang sikit kerja...

Syukur sangat-sangat dapat siapkan tempahan roti-roti ni...ada hari juga yang saya minta tolong exstudent saya, kak Aidah untuk siapkan tempahan roti yang lain sebab kadang-kadang ada oder yang bertindih, memang saya tak boleh nak siapkan seorang... takpe kannn... rezeki dikongsi bersama, gituuuuu..

Pada yang berminat nak tempah roti  untuk koperasi sekolah atau kantin sekolah boleh whatsapp saya 0193867360... inshaaAllah harga roti boleh dirunding dan sama-sama boleh dapat untung... terima kasih :)



Wassalam