Wednesday, 23 December 2015

KELAS ROTI ULI TANGAN DAN MIXER




Assalamualaikum



Kelas Roti grup yang terakhir untuk 2015... sedar tak sedar grup yang ni adalah grup yang ke 18..



Asalnya dah confirm yang datang 14 orang student tapi lasi minit ada sorang yang terpaksa tunda... saya sebenarnya pening juga kalau ada yang tunda lebih-lebih lagi di saat-saat akhir... kesian juga pada yang nak datang tapi saya cakap kelas dah penuh.sebabnya saya memang ambik maksimum 14 orang student untuk kelas grup... dan alhamdulillah saya masih bertolak ansur bila ada yang nak tunda tapi kalau boleh bukan di saat akhir okey.... dan saya akan refund semula deposit jika ada yang nak cancel... saya anggap takde rezeki dan inshaaAllah ada rezeki lain yang Allah bagi...gituuuuu... bukan senang nak jadi cikgu bukak kelas ni tau... kena banyak sabar...heheheh..


Sebelum mula kelas ambik gambar dulu... mixer kecik 2 biji tu bukan untuk uli roti tau... selalunya kalau awal kelas saya akan ajar buat buttercream, topping untuk mexican bun dan buttergarlic... dah siap tiga-tiga ni baru mula uli doh untuk pizza, roti loaf dan roti arab..



Pizza dah siap hias topping... dari kiri, Maliha, Azlina, Liza, Aini, Intan, Jiji dan Sue..




Kumpulan apron merah..dari kiri, Kak Azzah dan Kak Ilah dari Melaka, Mas, Kak Rush, Laila dan Ain..




Ada pizza bulat dan pizza petak..




Pizza dah siap bakar.


.


Kak Rush dengan Roti Arab..



Roti Loaf dan Roti Arab sebelum bakar..







Roti Cheese Gula..





Roti Coklat..dalam ada inti coklat..





Mas dengan Roti Sosej Hotdog... balik dari kelas Mas terus cuba buat roti dan dah berjaya buat roti sendiri... awal tahun depan Mas dah nak mulakan bisnes roti...syabas ye Mas :)


Close up roti sosej hotdog..





Roti Tuna Segitiga


Dua-dua pun roti tuna..




Mexican Bun..





Kak Azzah dan Kak Ilah dengan roti butercream




Roti Butter Garlic



Roti Sosej Roll dan roti sosej gulung..




Roti Chicken Floss





Intan dengan Roti jem stoberi... Intan ni peminat setia saya katanya...tak sangka makcik ada peminat..he he he..




Jiji dan Laila dengan roti kacang merah... gonggok dan bunga..




Roti sosej petak..





Kak Aini dengan donat jem..





Terang betul gambar roti sosej roll dan roti sosej gulung ni yek.. gambar yang ni diambil guna Iphone6 Plus.. memang cantik ohhhhhh.. Iphone6 plus ni student yang punya ye..hikhik..




Roti Sosej Panjang..



Roti Pandan..tak sempat nak sambong bakar sampai perang...dah petang sangat masa ni..







Roti Mini Pizza




Dan diakhiri dengan gambar roti sarang lebah....



Sekian, Wassalam