Friday, 16 October 2015

KOLEKSI FESYEN PAKAIAN MUSLIMAH


Assalamualaikum



Saya memang sejak dulu suka shopping blouse, jubah dan tudung. Orang perempuan, biasa lah kannn.. Walaupun berhijap, saya ada juga keinginan untuk berfesyen mengikut trend tapi haruslah sesuai dengan umur, status dan masih mengikut syariat. Pilihan saya adalah pakaian Muslimah yang longgar, labuh dan berwarna lembut.


Tips Penting Menggayakan Pakaian Muslimah

Ramai beranggapan bahawa wanita Muslimah tidak boleh tampil bergaya dan mengikuti trend fesyen terkini. Tanggapan tersebut adalah salah dan mengundang banyak kekeliruan terutama sekali dikalangan wanita Muslimah moden. Untuk tampil bergaya dan pada masa yang sama kelihatan sopan, wanita haruslah memilih koleksi pakaian Muslimah yang bersesuaian dan mengikuti beberapa panduan menggayakan pakaian tersebut seperti berikut;
Potongan dan Rekaan
Ini bukan bermakna anda tidak boleh memakai pakaian yang bercorak unik, namun anda harus menjadi lebih sensitive dalam soal memakai pakaian dengan corak yang bersesuaian agar tidak kelihatan terlalu menonjol. Begitu juga dengan rekaan pakaian tersebut yang seharusnya direka dengan potongan yang ringkas dan tidak keterlaluan.
Tidak terlalu ketat dan singkat
Koleksi pakaian Muslimah yang ideal juga mempunyai potongan yang tidak terlalu ketat dan tidak terlalu singkat. Biasanya ia direka dengan potongan yang sedkit loose dan labuh menutupi bahagian pinggul si pemakai. Oleh yang demikian, wanita haruslah membeli pakaian yang menepati saiz badan mereka agar tidak menampakkan susuk badan mereka.
Layer Up
Satu lagi alternatif bagi pemakaian blouse atau t-shirt yang pendek dan kurang labuh, wanita boleh memakai outerwear sebagai penyelamat mereka. Biasanya, outerwear direka dengan potongan yang agak labuh dan loose. Jenis-jenis outerwear yang boleh digayakan oleh wanita Muslimah adalah seperti cardigan, kimono, blazer dan jaket.
Accessories

Seterusnya adalah pemakaian aksesori yang bersesuaian. Jangan pakai aksesori yang terlalu sarat sehingga membuatkan penampilan tersebut terlalu menonjol. Simple is more and keep it that way!


Ceria Selalu :)


Wassalam