Friday, 16 October 2015

JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA




Assalamualaikum



Sekejap lagi baru nak pegi beli barang-barang untuk Kelas Roti esok... list barang semua dah ada... dah beli barang nanti boleh tik tik tik...kalau tak tik nanti lupa eh dah beli ke belum..he he..



Yang ni roti Mexican Bun saya buat semalam... haritu pernah ternampak roti Mexican Bun design belang-belang camni kat FB Kelab ROti... pastu ada pulak sorang student yang dah cuba buat.. macam cantikkkkk la pulak kan... jadinya teruja sangat saya nak cuba buat jugak... resepi topping mexican bun yang sama... cuma dibahagikan adunan topping tu pada tiga ton warna... memang puas hati bila dah bakar nampak cantik tapiiiiiiiiii... nak buat belang-belang tu pehhhhhhh memang mencabar keimanan, kesabaran dan ketekunan...hikhik... kalau buat makan sendiri boleh la kan buat belang-belang camni... kalau untuk buat jual banyak-banyak, ayoyoooo pengsannnn... tapi mana la tahu kot ada antara korang yang rajin dan tekun kannnnn... boleh la cuba buat okey... jangan takut untuk mencuba...ehcewahhh... 



Pastu saya cuba pulak buat roti Blueberry Custard Bun ni.. alkisahnya kelmarin saya pegi Pavillion, masuk la ada satu kedai roti ni... saya memang suka jalan-jalan masuk kedai bakeri... saja suka tengok design-design roti yang ada... kot la boleh dicuba buat design yang cantik... bukan setakat cantik tapi yang penting rasanya sedapppppp... jadinya saya berkenan pulak dengan roti yang ni... kalau roti-roti lain kebanyakannya saya dah tahu buat...beli la 2 biji roti ni haritu.... sambil makan sambil belek... semalam cuba buat... alhamdulillah menjadi sama macam yang beli.... jadinya Jangan Takut Untuk Mencuba yekkkkkk... 



Pastu petang semalam ada sorang student whatsapp tanya saya, cikguuuu camne nak buat roti sosej roll letak breadcrumb??? Jujurnya cikgu tak pernah cuba buat..he he... dulu-dulu cikgu cuma gelek roti gardenia, gulungkan dengan sosej, celup telur pastu golek-golek dengan breadcrumb...pastu goreng... kalau bakar memang tak pernah...tapi pernah la tengok ada yang tunjuk gambar roti sosej roll salut breadcrumb ni kat FB... jadinya disebabkan cikgu tak pernah takut untuk mencuba,(.cuba buat roti je okey...buat benda lain kalau yang tak berfaedah memang jangan dicuba langsung..no no no..) malam tadi saya pun cuba la buat roti sosej roll salut breadcrumb... nak kata jadi 100 peratus tu idok la kan... ada la sana sini yang kena perbaiki... bila dah menjadi sepenuhnya baru saya akan ajar pada semua exstudent Kelas Roti saya... 

Begitulah ceritanya :)



Wassalam