Wednesday, 2 September 2015

JADUAL KELAS ROTI OKTOBER 2015




Assalamualaikum



Harini saya kena update jugak jadual Kelas Roti, Pizza dan Donat untuk bulan Oktober 2015... ramai betul yang whatsapp bertanyakan jadual kelas akan datang.... saya pulak asik tak berkesempatan nak tengok kalendar.. lagipun saya rasa macam masih awal nak umumkan tarikh untuk bulan depan... untuk makluman, hanya ada 1 kelas group untuk bulan September ni iaitu hari Sabtu ni, 5/9/2015... memang dah penuh..takleh dah nak tambah lagi student... Sabtu depan Kelas Kek, ada 2 lagi kekosongan... 19/9 takde kelas apa-apa sebabnya saya ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara husben... kelas 26/9 tu saya terpaksa cancel sebabnya pembantu saya, Muni cuti seminggu... lagipun hari Khamis tu Hari Raya Haji... kemungkinan besar nak balik kampong... gitu ceritanya...



Gambar pizza student Kelas Roti saya, kak Yati... cantik sangat kejadian pizza kak Yati buat ni kannn.. Alhamdulillah :)


Jadinya tarikh Kelas ROti, Pizza dan DOnat untuk bulan Oktober 2015 adalah pada :-

3/10/2015
17/10/2015
31/10/2015
(kalau ada perubahan saya akan bagitau yek..)



Lokasi  :   Seksyen 4, Shah Alam
Masa  :  9 pagi hingga 5 petang
Yuran RM180-00 seorang - Brekfes dan Lunch disediakan
(Deposit RM50 diperlukan untuk booking tempat)

Dalam kelas kita akan belajar buat roti :-
1.  Uli Tangan
2.  Mixer Kitchen Aid
3. Mixer Heavy Duty
4. Cara packing
5. Harga-harga roti yang dicadangkan

* Peserta akan saya add masuk dalam Whatsap Group Kelas Roti... boleh bertanyakan sebarang soalan yang berkaitan dan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta lain. InshaaAllah saya akan cuba jawab segala kemusykilan dan soalan secepat mungkin.

* Selepas kelas, peserta akan dimasukkan ke dalam Closed Group FB Kelas Roti... dalam group tersebut banyak video-video tutorial yang boleh dilihat sepanjang masa.


Jenis roti yang akan diajar :-

Pizza
Roti Loaf
Roti Arab
Roti Burger (akan diberi resepi)

Donat 
Donat Jem

Roti Kacang Merah - 4 pattern
Roti Pandan
Roti Kaya
Roti Sosej - 6 pattern
Roti Chicken Floss
Roti Jem
Roti Buttercream
Roti Creamhorn
Roti Mexican Bun
Roti Cinnamon Roll
Roti Tuna
Roti Coklat

Roti Sarang Lebah
Roti Cheese Gula


Kalau ada yang berminat nak join Kelas Roti Group pada tarikh tersebut ataupun nak join Kelas ROti Personal pada hari Selasa atau Khamis boleh whatsapp saya 0193867360 okey... TQQQ :)



Wassalam