Thursday, 20 August 2015

KALAU RAJIN




Assalamualaikum



Semalam saya dan Muni rajin betul siapkan macam-macam oder... yang oder semalam kawan-kawan rapat saya juga... sementara saya takde kelas dan sementara Muni ada kat sini, diorang pun oder la macam-macam.... tu saya cakap kat Muni, kalau duduk kat bandar besar ni kena rajin dan rebut peluang sebabnya permintaan tinggi dan berbaloi dengan peluh yang kita keluarkan...saya suka tengok bila kawan-kawan kat FB tunjuk macam-macam oder yang diorang siapkan... sedikit sebanyak boleh bagi semangat pada yang lain untuk berusaha sama kannnn...




Semalam saya siapkan oder untuk Roti Sosej Panjang, Roti Cinnamon Roll, Macaroni Cheese Bakar dan Eclairs.





Selalu atas roti sosej panjang ni saya tabur cheddar cheese tapi sebab cheddar cheese dah takde stok, saya tabur je mozarella cheese... pun boleh juga...




Macaroni Cheese Bakar... yang ni sebelum bakar...



Selalu kalau oder untuk petang, saya akan start kerja pukul 11.00 pagi... lepas minum Herbalife dengan kawan dan siap beli lauk, baru buat kerja... hilang stress bila dapat borak-borak dan gelak-gelak dengan kawan-kawan tau... 




Cinnamon Roll




Eclairs 



Roti Sosej Panjang...ada yang panggul Roti Sosej Bot..mana-mana pun bolehhhh..





Kek Coklat Moist ni pulak saya siapkan petang kelmarin... untuk anak saudara yang kerja kat Shell... dia oder pagi... sempat gak la saya siapkan petang... kawannya datang ambik malam...




Kek Coklat Moist nak deko simple aje... siapppp..


Bye.. ada kelas kejap lagi..


Ceria Selalu  :)



Wassalam