Thursday, 20 August 2015

KELAS PERSONAL CREAM PUFF DAN TART SHAH ALAM



Assalamualaikum



Kelas Personal Cream Puff dan Tart harini untuk exstudent Kelas ROti saya, Atiqah yang juga bakal pengantin tak lama lagi... Atiqah ni bakal pengantin yang paling rajin rasanya... ligat ambik tempahan roti dan Baked Macaroni Cheese... rajin pulak tu COD area Klang dan Shah Alam.... tadi Atiqah ada bawakan Baked Macaroni Cheese yang dia buat... saya rasa Baked Macaroni Cheese yang Atiqah buat lagi sedap daripada yang saya buat semalam...he he... Atiqah ni dulu pelajar Kulinari kat KLMU, kalau tak silap saya... jadinya tak susah saya nak ajar dia harini... cumanya saya banyak bagi petua itu dan ini... petua dan tips yang sangat penting untuk memastikan semua yang kita buat berjaya dan menjadi...

Kalau nak tahu, masa mula-mula buat jual roti, Atiqah uli tangan aje... banyak jugak dia buat dalam sehari... alhamdulillah sekarang ni dah ada mixer heavy duty dan oven baru katanya... boleh la tingkatkan produktiviti kan Atiqah...inshaaAllah bolehhhh...

Kalau nak oder Baked Macaroni Cheese atau roti dengan Atiqah boleh whatsapp 0175855890..




Oh cantiknya letak dessert kat Dessert Tier Stand ni...he he... 



Kalau Kelas Personal Cream Puff dan Tart akan belajar buat Cream Puff, Eclairs, Fruit Tart dan Cheese Tart.. sebelum buat Fruit Tart dan Cheese Tart, kita akan siapkan shell tart tu dulu...



Kalau dalam Kelas Personal Cream Puff dan Tart, student akan buat semua dari awal sampai akhir...



Atiqah ada bercita-cita nak buat bisnes Candy Buffet Table... tu yang dalam persiapan belajar buat dessert macam-macam.... tadi kitorang banyak bertukar-tukar idea... almaklum saya ni pun kan suka benda-benda comel dan kiut macam Candy Buffet semua tu kan... so sehati sejiwa la kiranya ni..hikhik..




Dalam kelas saya akan bagi cadangan harga jual, berapa minimum oder yang perlu ambik, kos harga barang dan untung yang kita akan dapat...



Atiqah dah pernah cuba buat Cream Puff tapi tak menjadi... tadi bila dia dah buat sendiri dari awal sampai akhir, seronok dia bila dah tahu teknik yang betul buat cream puff ni... 




Harini ada anak saudara datang membantu... Diana namanya... Diana pun dalam rancangan nak buat bisnes Candy Buffet Table... eh sama pulak rancangan anak dara dua orang ni yek... yang penting kena kreatif okey...




Diana ni anak sulong kak Rozidah, cousin saya yang paling rapat gitu... 


Mudah-mudahan bisnes Atiqah dan Diana akan berjaya dan maju... biar mula daripada bawah...berakit-rakit ke hulu... berenang-renang ke tepian... bersakit-sakit dahulu...bersenang-senang kemudian... eh cewahhhh... 

Kalau ada yang berminat nak join Kelas Personal Cream Puff dan Tart boleh whatsapp saya 0193867360 okey.. TQQQ :)


Sayonara



Wassalam