Wednesday, 12 August 2015

KELAS CREAM PUFF DAN TART SHAH ALAM



Assalamualaikum



Hajat di hati harini nak update entri penuh Jamuan Hari Raya kat rumah hari Sabtu lepas... tapi rasa macam tak cukup masa la pulak... kadang-kadang nak update blog ni, sedar tak sedar makan masa lebih 1 jam jugak... nak pilih gambar, nak karang cerita, semuanya ambik masa... jadinya entri Open House tu tunda hari Ahad la gamaknya...sebab hari Ahad ni baru free sikit... harini tadi sibuk beli barang untuk persiapan Kelas Roti hari esok dan Sabtu... beli sekali barang untuk tempahan hari Jumaat... memang rebeh bahu ni mengangkat barang..he he... ada student yang juga pembaca setia blog saya ni dah ingatkan, "Walaupun sibuk tapi jangan tak update blog tau...tiap-tiap hari mesti intai blog ni.." Kata-kata sapa la agaknya ni yek...hik hik... harus la saya kena update blog saya ni sebab blog ni blog cari makan... segala aktiviti Kelas saya update kat sini... sambil-sambil tu dapat jugak duit sampingan hasil iklan daripada Nuffnang... alhamdulillah harini tengok ada 12 BE yang tengah On Going... syukur sangat dah..



Berbalik pada tajuk yang asal... semalam Kelas Personal Cream Puff dan Tart ni untuk Dini dari Mutiara Subang, Shah Alam... Dini ni baru lepas habis Matriks... ibunya yang masukkan Dini belajar kat rumah saya... 



Semalam cousin saya, kak Rozidah ada datang tolong sekali... seronok la saya sebab ada yang tolong kemaskan...he he.. kalau nak tahu, kak Rozidah ni pandai mengurut Moden dan Tradisional... ada juga kak Rozidah sediakan pakej penjagaan ibu dan baby selepas bersalin... urut-urut biasa pun boleh... so kalau ada yang nak dapatkan tukang urut area Klang dan Shah Alam boleh call atau whatsapp kak Rozidah 0126945540 :)




Dini tengah buat shell tart..



Tengah paipkan adunan cream puff.. kena sama pattern macam cikgu punya baru lulus..hikhik..




Tengah paipkan adunan Eclairs..



Dah sejuk, boleh potong cream puff..




Dan paipkan krim..




Celup coklat untuk Eclairs..



Lorek Cheese Tart..




Leganya bila dah siap semua kan Dini :)





Blueberry Cheese Tart



Cream Puff... idea Dini nak letak sprinkle..



Fruit Tart



Eclairs yang comel dan sedap di makan :)





Kalau ada yang berminat nak join Kelas Personal Cream Puff dan Tart pada hari Selasa atau Khamis boleh whatsapp saya 0193867360 okey...TQQQ :)



Wassalam