Monday, 10 August 2015

KATERING SHAH ALAM




Assalamualaikum



Hari Sabtu lepas saya buat Jamuan Raya kat rumah... hidangan dessert, kek, roti dan yang lain-lain semua saya buat sendiri... kecuali hidangan Nasi Tomato saya tempah daripada Ida a.k.a. Hasni Catering... saya memang kalau buat kenduri doa selamat, kenduri arwah atau open house ke suka ambik katering daripada Ida...sebabnya saya tak perlu pikir apa-apa... semua Ida yang akan uruskan... senang berurusan dengan Ida sebabnya kita boleh bincang harga dan menu mengikut bajet kita..



Haritu saya cakap kat Ida teringin nak guna bekas hidangan bulat ada tangkai ni... Ida cakap rezeki saya sebab dia baru beli bekas-bekas hidangan ni... oh sukanya saya.. TQ Ida :)




Dalam menu disediakan sekali air sejuk dan panas... buah pun disediakan jugak...




Boleh sekali kalau kita nak Ida sediakan meja dan kerusi ada reben macam ni... 




Malam tu Ida sediakan Nasi Tomato berlaukkan Ayam Masak Merah, Daging Masak Kurma,  Dalca, Acar Timun dan Papadom... ramai tetamu yang puji sedap masakan Ida :)



Tetamu pertama yang sampai.. tak sempat nak buka semua penutup..


Kalau ada yang berminat nak dapatkan perkhidmatan katering daripada Hasni Catering untuk sebarang majlis berskala kecil atau besar  seperti Kenduri Kahwin, Kenduri Doa Selamat dan Tahlil, Jamuan Hi Tea dan sebagainya boleh hubungi Ida No. HP 0197795844 atau 0192695844.



Wassalam