Monday, 17 August 2015

JAMUAN HARI RAYA 2015




 Assalamualaikum



Jamuan Hari Raya 2015 kat rumah saya tahun ni pada 8/8 ... pukul 8 malam...... saja tahun ni saya buat tema Open House saya kalini warna pink... dah lama teringin nak buat Candy Buffet Table tema pink... so seminggu sebelum, saya dah berangan-angan dalam kepala ni nak buat dessert apa... dessert aje semua buat sendiri... Menu berat saya oder daripada HASNI CATERING ...


 Alhamdulillah segala angan-angan dan impian jadi kenyataan.. seronoknya bila semua siap hias dan kemas terhidang... hilang rasa penat lelah dari petang sebelumnya sampai la dah nak bermula majlis...



Ni tetamu saya yang pertama sampai... jiran dua belah rumah... seronok kalini semua jiran satu lorong datang beraya kat rumah termasuklah jiran bangsa India... kalau hari biasa kami jarang berjumpa... bila buat majlis macam ni baru la dapat berborak dan berbual mesra..

Jom tengok hidangan yang saya sediakan pada malam tu...




Eclairs... adunan Eclairs dan Cream Puff ni memang saya buat warna pink..



Eclairs atas celup coklat... eclairs yang ni celup coklat stoberi...



Puding Bandung Cocktail... bekas ni boleh beli kat Whisk Seksyen 20..



Blueberry Cheese Tart



Cream Puff..



Roti Kacang Merah..



Roti Mini Pizza saiz comel..senang orang nak makan banyak jenis...



Carrot Slice Cake..


Chocolate Moist Slice Cake..


Tart Nenas Cheese...kuih raya buat masa bulan puasa haritu..




Tuna Puff saiz comel..




Macaroni Cheese..


Ops lupa... Kek Red Velvet warna pink :)









Kakak bergambar dengan kawan 1 kelas... lupa lak namanya...tapi kawan kakak ni anak kepada Blogger Famous ABANG ENSEM :)




Anak saudara saya, Fatin..




Kakak dan kawan-kawannya.



Husben dan kawan 1 kelas masa kat Clifford..



Cucu jiran saya, Syafiqah dan adiknya... kalau time kitorang balik kampong atau nak bercuti mana-mana, selalu mintak tolong Syafiqah bagi makan dan minum kucing kitorang si Miko tu.. TQ ye Syafiqah :)



Kakak Herbalife..



Kawan husben dan famiili..





Kakak saudara saya, Kak Ida...




Kawan 1 sekolah, Mazlina yang sekarang ni balik bercuti... Mazlina ikut suami yang bertugas di Ireland..




Student saya yang paling ceria, Timah :)








Seronok bila tengok tetamu ramai yang datang..



Kawan-kawan kakak... 



Anak kawan saya, Azlina... 



Kawan masa kerja dulu, Zulaiha dan keluarga..




Candid gambar Hassanah, kawan 1 sekolah yang juga student kelas roti saya :)

Habis je snap gambar ni pastu hp saya dah takleh snap gambar lagi... full memory... sabo je la kan... kamera DSLR abangngah bawak ke kampus... harapkan hp Note 2 ni aje la ambik gambar semua... rasa ralat jugak tak dapat nak snap gambar yang lain untuk di jadikan kenangan...




Yang ni student saya hantar gambar... ni la Rafizah, student saya yang sekarang ni dah jadi kawan baik... kitorang sebaya... muka saya masa ni dah taktau jadi apa... elok sebelum majlis saya mekap beria... pastu bila dah ke sana ke sini, muka berpeluh-peluh asik lap tisu... kesudahannya jadi la camni..ahhh lantokkkk..heheheh..




Yang ni pun student saya, Ju... sekarang tengah ligat ambik oder buat Donat...


Apapun saya nak ucapkan banyak-baaaaanyak terima kasih pada semua yang datang termasuk jiran-jiran, saudara mara, kawan-kawan masa sekolah, kawan-kawan masa kerja dan juga student-student saya yang sudi datang... InshaaAllah kalau ada rezeki kita jumpa lagi Jamuan Raya tahun depan..


Syukur Alhamdulillah :)


Untuk Entri PINK CANDY BUFFET boleh tengok kat SINI

Hidangan Katering boleh tengok kat SINI


Wassalam