Monday, 17 August 2015

JADUAL KELAS ROTI SEPTEMBER 2015




Assalamualaikum



Alhamdulillah syukur sangat-sangat Kelas Roti, Pizza dan Donat kat rumah saya semakin mendapat sambutan... mudah-mudahan akan berterusan selagi saya terdaya nak buat, inshaaAllah... Kelas Roti Group pada 29/8 ni dah penuh... ramai yang whatsapp bertanyakan jadual Kelas Roti untuk bulan September tapi masa tu saya tak sempat nak tengok kalendar sebabnya minggu lepas saya memang teramat sibuk... jadinya harini baru nak update jadual Kelas Roti Group untuk bulan September 2015.




Tarikh   :   5/9/2015 dan 26/9/2015
Lokasi  :   Seksyen 4, Shah Alam
Masa  :  9 pagi hingga 5 petang
Yuran RM180-00 seorang - Brekfes dan Lunch disediakan
(Deposit RM50 diperlukan untuk booking tempat)

Dalam kelas kita akan belajar buat roti :-
1.  Uli Tangan
2.  Mixer Kitchen Aid
3. Mixer Heavy Duty
4. Cara packing
5. Harga-harga roti yang dicadangkan

* Peserta akan saya add masuk dalam Whatsap Group Kelas Roti... boleh bertanyakan sebarang soalan yang berkaitan dan berkongsi pengalaman dengan peserta-peserta lain. InshaaAllah saya akan cuba jawab segala kemusykilan dan soalan secepat mungkin.

* Selepas kelas, peserta akan dimasukkan ke dalam Closed Group FB Kelas Roti... dalam group tersebut banyak video-video tutorial yang boleh dilihat sepanjang masa.


Jenis roti yang akan diajar :-

Pizza
Roti Loaf
Roti Arab
Roti Burger (akan diberi resepi)

Donat 
Donat Jem

Roti Kacang Merah - 4 pattern
Roti Pandan
Roti Kaya
Roti Sosej - 6 pattern
Roti Chicken Floss
Roti Jem
Roti Buttercream
Roti Creamhorn
Roti Mexican Bun
Roti Cinnamon Roll
Roti Tuna
Roti Coklat

Roti Sarang Lebah
Roti Cheese Gula


Kalau ada yang berminat nak join Kelas Roti Group pada tarikh tersebut ataupun nak join Kelas ROti Personal pada hari Selasa atau Khamis boleh whatsapp saya 0193867360 okey... TQQQ




Wassalam