Saturday, 11 July 2015

KUIH RAYA 2015



Assalamualaikum



Harini saya paksa diri siapkan kuih raya sendiri untuk raya tahun ni...4 jenis aje pun kuih raya saya... 2 jenis dah siap sebelum ni... 2 jenis lagi saya siapkan siang tadi... saya siapkan kuih raya sementara anak-anak dan ayahnya sibuk mengecat rumah... yang paling tak sangka, kakak pandai sangat mengecat... kemas aje kakak mengecat kat tangga.. takyah nak lapik suratkhabar... esok sambong mengecat lagi sikit... siap la kerja-kerja mengecat rumah esok hendaknya... syukur la anak-anak dah besar boleh cat sendiri...tak payah dah nak upah orang... jimat duit ibu dan ayah...he he..


Kuih raya yang ni saya buat siang tadi... Cornflakes Cheese Cookies ... saya ambik resepi daripada blog kak CITARASAWAN... saja tahun ni nak ubah selera..selalu tiap-tiap tahun buat Cornflakes Madu aje... so tahun ni saya cuba buat yang ni pulak... saya tertarik nak cuba sebab dalamnya ada letak cheddar cheese... kalau nak cuba boleh tengok resepi kat SINI ye...



Tart Nenas Cheese yang saya buat lagi 1 adunan siang tadi jugak... harini buat nampak lagi cantik dari yang haritu..kiranya yang ni dah molek sangat dah..heheh... resepi boleh tengok kat blog kak PATYS KITCHEN ni okey..



Chocolate Chip Cookies yang saya buat dah 3 tahun berturut-turut..saya suka resepi ni sebab bahan-bahannya simple dan mudah ingat... kalini saya ada ubah sikit resepi... resepi Chocolate Chip Cookies ni boleh tengok kat SINI ...




Seronok sangat saya bila ramai kawan-kawan saya yang dah berjaya buat biskut Crunchy Caramel Almond atau Florentine Cookies bentuk bulat ni... cara nak buat Florentine Cookies bentuk bulat macam saya buat ni boleh tengok kat SINI ... tak rugi kalau korang cuba buat tau... jangan tak cuba okey...


Jumpa lagi, inshaaAllah :)



Wassalam