Sunday, 5 July 2015

BISKUT FLORENTINE / FLORENTINE COOKIES BENTUK BULAT



Assalamualaikum



Saya memang suka sangat makan biskut florentine ni... selalu kalau saya buat, saya yang banyak makan..hewhew.. kalau tetamu datang beraya kat rumah pun suka diorang makan biskut florentine ni aje.. biskut-biskut raya yang lain memang tak dipandang... kalau nak jimat buat sendiri la kan... kalau beli memang harganya agak mahal tapi kalau nak diikutkan memang bahan-bahan nak buat florentine cookies agak mahal juga harganya...  so jangan merungut kalau orang jual mahal florentine cookies ni okey...



Kalini saya buat florentine cookies bentuk bulat... saya sebenarnya tak suka potong kalau buat dalam loyang petak tu...sebabnya memanjang asyik senget dan banyak yang patah-patah dari yang elok.. tengok orang lain potong cantik aje..tapi saya memang GAGAL bab-bab memotong lurus ni..he he..




Jadinya petang semalam sibuk saya fikir macam mana nak buat florentine cookies ni bentuk bulat... selongkar semua acuan yang ada kat rumah... kejap cuba guna acuan tu kejap guna acuan ni.. akhirnya alhamdulillah berjaya jumpa acuan yang sesuai...fuhhhh lega makcik...

Malam tadi sebelum pergi Solat Terawih sempat saya, Azwa dan Aliah sama-sama siapkan florentine cookies ni.. saja nak bagi diorang seronok tolong ibunya buat kuih raya kannn...

Mula-mula saya susun cup kertas muffin kat atas dulang pembakar..cup kertas muffin saya gunakan yang besar sikit..saiz 12...sebab cup kertas muffin ni dasarnya kecik sedikit di bahagian bawah...  so kena guna yang besar baru dapat saiz cookies macam saya buat ni... 

Selain daripada cup kertas muffin boleh juga gunakan acuan aluminium kecik untuk mini pie atau boleh juga pan muffin.. terpulang okey..asal acuan tu bentuknya bulat..Kalau ikut cara saya :-

1. Letak sesudu tepung florentine dalam cup. Ratakan.
2. Susun almond slice dan kuaci hijau yang telah dibakar terlebih dahulu.
3. Taburkan bijan hitam
4. Bakar lebih kurang 12 minit. Ikut Oven.
5. Lepas bakar biarkan betul-betul sejuk.
6. Kopek perlahan cup kertas muffin tu. Mana-mana yang terpecah boleh terus masuk mulut..he he he.. tapi kena la buat selepas berbuka yek...




1 peket tepung florentine tu boleh dapat 2 1/2 balang...  comel je kan kalau buat bentuk bulat ni... kalau makan tak sedar berkeping-keping masuk mulut :)


Selamat Mencuba :)



Wassalam