Saturday, 13 June 2015

KELAS ROTI.. ANAK PUN PANDAI BUAT :)




Assalamualaikum



Kelas Roti Personal ni hari Selasa lepas... agak lama juga saya cuti kelas roti sebelum tu... bila nak start enjin balik, uarghhhhh malas sungguh...he he..tapi sebab student ni dah booking date, saya cuba bagi yang terbaik.. perasaaan malas tu kena buang jauh-jauh...


Mula-mula nak cerita tentang Hanina yang suka sangat tolong ibunya buat roti... umur baru 6 tahun... sangat petah bercakap... semua kerja dia nak sama-sama buat juga... terperanjat juga bila tengok Hanina pandai rounding doh..licinnnnn dohnya..memang tak sangka... setiap kali lepas rounding doh, Nina akan tanya, "Ini bolehhhh???" Nina tanya doh yang dia rounding tu dah ok ke belum...he he..kelmarin ibunya whatsapp tunjuk gambar Hanina tolong ibunya buat donat... bagus betul Hanina kan.... senang ibunya nanti... 



Kelas Roti Personal haritu untuk 3 orang... kak Azian, Farizah dan Ju...



Tengah gelek doh pizza..



Kemas-kemaskan doh dalam loyang pizza..



Hanina yang bersemangat nak tolong sama buat pizza... bila saya perhatikan, patut la Nina minat tolong ibunya... sebabnya ibunya sangat rajin melayan dengan penuh kesabaran dan bercakap dengan lemah lembut... alahaiiii.. harap saya pun camtu bila mengajar anak-anak perempuan saya kat dapur...hikhik..



Bergambar dulu dengan pizza sebelum nak masuk oven..

 

Dah siap batch yang pertama... Pizza, Roti Loaf dan Roti Arab..



Hanina yang suka sangat makan pizza.. masa nak balik tu siap pesan kat ibunya balik nanti kena cepat-cepat  buat pizza... 



Roti Sarang Lebah... bila doh diletak dalam bekas rendah, nampak la terkeluar roti sarang lebah ni kan...



Yang ni roti cheese gula letak dalam bekas tinggi... berat dohnya sama... 



Roti sosej ala hotdog..



Mexico Bun dan roti Chicken Floss..



Roti Sosej Panjang..



Roti Sosej Petak..



Roti Mini Pizza



Roti Pandan dan ROti Kaya..



Roti Kacang Merah... bentuk bunga dan gonggok melengkung..



Roti Sosej Pintal..



Sosej Roll..



Cream Horn..



Roti Butter Cream



Roti Jem..



Cinnamon Roll..




Kak Azian dan anak daranya :)



Ju dan anaknya, Hanina... 



Farizah dengan roti-rotinya yang dah siap masuk kotak untuk di bawa balik..




Rasa macam kat kedai roti pulak...he he.. 



Wassalam