Thursday, 25 June 2015

JADUAL KELAS ROTI / KEK / ANEKA TARTLET



Assalamualaikum


Mulanya saya ingatkan nak update jadual kelas selepas hari raya nanti... tapi sebab ramai sangat yang whatsapp bertanya kan tarikh kelas akan datang, jadinya saya sediakan jadual tu harini... Untuk makluman, dalam sebulan Syawal, saya hanya akan buat KELAS PERSONAL pada hari SELASA dan KHAMIS sebabnya kalau hari Sabtu dalam bulan Syawal, takut nanti tetiba datang pulak tetamu nak beraya kat rumah kan... lepas sebulan raya baru saya buat kelas untuk group okey... almaklum buat kelas di rumah, banyak aspek kena diambik kira :)




KELAS PERSONAL bermula 28/7/15 - setiap hari SELASA dan KHAMIS (minimum untuk 2 orang)

Kelas Personal boleh pilih untuk :-

Kelas Roti, Pizza dan Donat (semua sekali lebih 20 jenis dan pattern)
Kelas Kek (Kek Coklat Moist, Black and White Russian Cake, Red Velvet & Carrot Cake)
Aneka Tart (Cheese Tart, Fruit Tart, Cream Puff & Eclairs)

Kalau berminat boleh whatsapp saya 0193867360 untuk booking tarikh.




Kelas GROUP Roti, Pizza dan Donat akan diadakan pada hari Sabtu, 15/8/2015 bermula pukul 9.00 pagi dan dianggarkan siap pada pukul 5.30 petang. Yuran RM180 dan deposit RM50 diperlukan untuk booking tempat. Untuk makluman, dalam kelas roti, pizza dan donat ini saya akan ajar uli tangan dengan cara yang mudah dan juga uli guna mixer heavy duty. 

Antara yang akan diajar dalam Kelas Roti, Pizza dan Donat :-

Pizza
Roti Loaf
Roti Arab
Roti Burger (akan diberi resepi)

Donat 
Donat Jem

Roti Kacang Merah - 4 pattern
Roti Pandan
Roti Kaya
Roti Sosej - 7 pattern
Roti Chicken Floss
Roti Jem
Roti Buttercream
Roti Creamhorn
Roti Mexican Bun
Roti Cinnamon Roll
Roti Tuna
Roti Coklat

Roti Sarang Lebah
Roti Cheese Gula


Kalau larat boleh buat semua ni okey...he he he.. 


Boleh whatsapp saya 0193867360 untuk booking tempat... TQQQ :)



Wassalam