Wednesday, 27 May 2015

TAHNIAH ABANGLONG



Assalamualaikum


Alhamdulillah selamat dah semuanya... leganya rasa bila dah selamat sampai rumah... alkisah pagi Subuh semalam saya dan husben berangkat ke Arau untuk menghadiri konvokesyen abanglong... plan asal rancang dari awal ingatkan nak sekali bercuti ke Langkawi satu keluarga... tapi bila dapat tahu kakak masih lagi dalam minggu exam, jadinya terpaksala batalkan percutian ke Langkawi tu... hanya saya dan husben yang pergi balik naik flight Malindo Airways... abangngah dan Muni tolong jaga adik-adik... risau juga sebenarnya nak tinggalkan diorang semalaman tapi saya pasrah dan tawakal aje.. alhamdulillah segalanya dipermudahkan dari awal sampai akhir...

 

Syukur sangat-sangat bila abanglong dah tamat Diploma Sains Komputer... awal 6 bulan dari sepatutnya.. jadinya jimat 1 semester... sekarang ni tengah sambong degree untuk course yang sama... 

Sampai je kat luar dewan pagi semalam, saya rasa sayu, terharu, syukur semua ada... rasa nak menitis air mata... kalau saya teringat masa abanglong kecik dulu, memang saya tak pernah sangka abanglong akan berjaya dalam pelajaran... kalau yang dah ikut blog saya ni dari awal, mesti tahu kan...  di sebalik kekurangan abanglong dulu, Allah anugerahkan kelebihan dan hikmah atas setiap cabaran dan dugaan sepanjang kami membesarkan abanglong... mudah-mudahan abanglong berjaya dunia dan akhirat dan dapat membahagiakan kami sekeluarga... 


Gambar kabur sikit sebab mintak tolong photographer snap guna hp... yang guna kamera studio (studio express kat tapak konvo) lagi 3 minggu baru diorang pos.. suka gambar ni sebab nampak penuh jubah yang ibu pakai..he he..


Jumpa lagi, inshaaAllah :)



Wassalam