Sunday, 10 May 2015

KELAS ROTI 2015




Assalamualaikum


Diam tak diam semalam adalah Kelas Roti yang ke 7.. kalau nak tengok kelas-kelas roti yang sebelum ni boleh tengok kat SINI ye.. untuk kelas roti group yang akan datang pada hari Sabtu, 23/5/15...kelas dari pukul 9.00 pagi hingga 5 petang.. yuran RM150.00... deposit RM50 diperlukan untuk booking tempat... untuk makluman, dalam kelas roti saya akan diajar cara buat roti ULI TANGAN dan juga uli guna mixer heavy duty.. kalau ada yang berminat nak join boleh whatsapp saya 0193867360... TQQQ :)


Kelas semalam sepatutnya ada 10 orang student... tapi sorang tak dapat datang ada emmergency.. pada Jannah yang tak dapat datang semalam, boleh join kelas akan datang okey...



Bahagikan 2 kumpulan untuk buat pizza... kumpulan yang ni buat pizza petak..



Kumpulan yang ni pulak buat pizza bulat... kalini kitorang buat 3 biji thincrust pizza daripada tepung 500gram..



Bergambar dulu dengan pizza yang dah siap bakar.



Masa sessi ambik angin lap semua peluh, kitorang potong salah satu thincrust pizza tu... dapat la rasa sorang sikit... Kak Asmah yang sporting jadi model makan pizza :)



Fasa 1 bergambar dengan hasil yang dah siap packing... pizza, roti loaf dan roti arab...



Gambar yang ni cikgu ada join sekali :)





Fasa ke 2... macam-macam roti..antaranya ialahhhh..




Roti Chicken Floss..



Roti Sosej Petak..



Roti Sosej Panjang..



Roti Mini Pizza



Roti Sosej Pintal..



Sosej Roll



Cinnamon Roll



Roti Kacang Merah bentuk Gonggok melengkung..



Roti Kacang Merah bentuk bunga.



Roti Pandan gonggok panjang..



Roti Buttercream



Roti Sosej ala hotdog



Roti Jem


Fasa ke 3.. Donat Jem, Roti Mexican Bun, Roti Sarang Lebah dan ROti Cheese Gula..

Bila siap je semua roti, rasa oh leganyaaaaa... masing-masing pun dah habis kudrat..he he.. tapi hilang penat bila tengok semua roti yang dibuat menjadi....alhamdulillah... TQ pada semua yang datang semalam... balik kompom korang semua pengsan kan...kehkehkeh...


Jumpa lagi, inshaaAllah...



Wassalam