Tuesday, 7 April 2015

KELAS ROTI PASANGAN SUAMI ISTERI




Assalamualaikum


Semalam student saya datang jauh dari Kuantan... asalnya dia google jumpa la blog saya ni pasal Kelas Roti yang saya buat kat rumah... terus la terpikat tengok gambar-gambar roti dalam blog saya ni..he he..



Pasangan suami isteri, Amri dan Rahimah dengan roti-roti yang diorang berdua buat semalam.... anak-anaknya pun ada sama... alhamdulillah semua roti-roti yang dibuat menjadi semalam... dan alhamdulillah tadi Rahimah whatsapp kata diorang dah dapat oder pun.. syukur sangat-sangat...cikgu tumpang happy... 



Bagus tau kalau buat bisnes roti ni dengan pasangan... sorang menimbang sorang lagi merounding... cepat siap semua kerja... boleh ambik oder banyak-banyak... 



Amri dan Rahimah yang bersungguh-sungguh siapkan semua roti... memang diorang berdua bersemangat nak mulakan bisnes roti sebagai pendapatan sampingan... kerja makan gaji pun ye, bisnes roti pun jalan jugak.. inshaaAllah boleh dapat rezeki lebih.. yang penting kena ada usaha, kerajinan dan kemahuan...



Cantikkan roti sosej pintal yang diorang buat...



Roti sarang lebah.. yang bekas rendah tu uli tangan... yang bekas tinggi ni uli mixer heavu duty... saya sebenarnya suka beli yang bekas rendah tu tapi selau sangat habis stok...bekas tinggi ni pun baru jumpa kat kedai lain...




Roti cheese gula..



Donat jem..Amri yang goreng donat ni... kalau boleh semua dia nak cuba buat sendiri.. ye la kan.. nanti kat rumah mana ada cikgu nak tengok..he he..



Pizza.. Rahimah tak sangka boleh buat pizza sendiri.. lagi lembut dari pizza kat kedai katanya..



Roti sosej segiempat... yang ni senang sikit nak buat.... kalau ada patern yang terbaru, saya akan whatsapp pada semua group kelas roti saya.. jangan risau okey..



Roti chicken floss..



Roti sosej ala hotdog..



ROti sosej pintal dan roti sosej panjang..



Roti mini pizza..



Roti kacang merah dan kacang hijau patern bunga..



Roti sosej roll..



Roti kacang merah dan kacang hijau patern gonggok melengkung dan panjang..



Roti loaf, roti arab dan roti cup..



Untuk kelas personal semua ni boleh bawak balik... 

Apapun nak ucapkan TQQQ pada Amri dan Rahimah sebab tolong basuh semua bekas-bekas yang ada... walaupun cikgu cakap, takpe la takyah basuh, nanti cikgu basuh sendiri tapi dalam hati ohoiiiiiii leganya...kihkihkih... saya bersyukur sangat-sangat sebab semua student-student saya yang sebelum-sebelum ni pun rajin-rajin semuanya..sampaikan cikgu naik segan la pulak... sebab kalau cikgu yang pegi kelas punya la pemalas kemain..heheheh...


Pada sesiapa yang berminat untuk Kelas Roti Personal boleh whatsapp saya 0193867360 ye..TQQQ



Wassalam