Wednesday, 8 April 2015

KEDAI BAHAN BAKERI SHAH ALAM




Assalamualaikum


Entri ni khas untuk penduduk Shah Alam untuk rujukan nak beli bahan-bahan buat kek atau roti kat mana... sebenarnya ada banyak tau kedai-kedai bahan bakeri kat Shah Alam ni... tapi kalau kat dalam blog ni saya asik selalu sebut kedai Bagus Seksyen 13 aje kan...

1.  BAGUS SEKSYEN 13

2. DE' MANIS (BAKE WITH YEN) SEKSYEN 13 (lorong belakang kedai Bagus)
-  kat sini ada jual cup bulat dan panjang untuk roti... harganya pun murah dari tempat lain.

3. JJ SEKSYEN 9 (lorong belakang McDonald Seksyen 9)
- banyak alat-alat dan barang-barang untuk buat kek..cup banyak yang cantik-cantik dan comel-comel..

4. PANDAN SEKSYEN 7 (belakang Jakel)
- banyak jual bekas-bekas plastik untuk roti dan kek..

5. WHISK SEKSYEN 20 (Pusat Perdagangan Suri Puteri)




Whisk Seksyen 20 ni pertama kali saya baru pergi hari Ahad lepas... exstudent saya yang selalu ke kedai Whisk ni... saya pergi pun sebab cari tepung high protein... tepung high protein kat Bagus dah habis stok haritu... bila masuk, eh best jugak kedai Whisk ni rupanya... kedai baru... semua barang ada... banyak jual bekas dan cup untuk roti dan kek... pun banyak cup yang cute-cute gambar kartun...



Ni owner Kedai Whisk Seksyen 20... orangnya memang peramah... harga barang-barang kat sini pun berpatutan... 


Tapi semua kedai-kedai bahan bakeri ni takde jual plastik kilat untuk packing roti... saya selalu beli plastik kilat tu kat kedai Kean Fatt Seksyen 16 atau 2 Ply Klang..



Wassalam