Monday, 2 February 2015

KELAS ROTI SHAH ALAM FEBRUARI 2015




Assalamualaikum


Sebelum nak mulakan  kerja bakar kek kejap lagi, sempat la saya update jadual Kelas Roti, Pizza dan Donat untuk bulan Februari ni... ingatkan nak buat bulan depan, tapi sebab ramai yang whatsapp tanya pasal kelas roti ni, saya pun buat la kelas Roti, Pizza dan Donat dalam Februari ni.. asalnya saya cadang nak buat Kelas Cheese Tart, Fruit Tart, Cream Puff, Eclairs dan Chicken Pie pada hujung bulan ni tapi terpaksa di tunda pada bulan depan sebabnya Abanglong kena daftar untuk sambong Degree kat UiTM Jasin, Melaka... so kena ke sana untuk hantar abanglong cari rumah sewa sebabnya untuk degree kat sana takde disediakan hostel...lega juga saya bila abanglong dapat kat situ..dekat dengan rumah abang saya kat Merlimau...Alhamdulillah :)



Kelas Roti, Pizza dan Donat Uli Tangan dan Mixer akan diadakan pada 14/2/2015 bertempat di rumah saya di Shah Alam... kelas akan bermula pada pukul 9.00 pagi dan dianggarkan habis pada pukul 5.00 petang...  Yuran Kelas adalah RM150-00... 

Pada yang berminat nak join boleh whatsapp saya 0193867360 :)



Ni hasil kerja ex student buat roti dan pizza... kitorang ada whatsapp group... kalau yang dah join kelas saya, saya akan add dalam group whatsapp ni... senang kalau saya nak tunjuk video cara buat roti dan tutorial-tutorial yang lain... boleh juga bincang pasal bisnes roti...kalau nak tanya apa-apa pun inshaaAllah saya akan jawab secepat mungkin... paling best bila ada yang dah dapat oder buat Roti Sarang Lebah walaupun hanya uli tangan... inshaaAllah saya akan bantu pada yang baru nak berjinak-jinak dan nak mulakan bisnes roti ni...


Jumpa lagi, inshaaAllah :)


Wassalam