Thursday, 12 February 2015

JANGAN PENAT MENCUBA




Assalamualaikum



Semalam dok test buat roti dalam cup lagi... uli tangan.. kena praktis dan praktis sebelum kelas hari sabtu ni... kalau boleh nak bagi yang terbaik untuk peserta yang datang... semua yang saya buat saya akan tunjuk dalam group whatsapp Student Kelas Roti...so boleh la diorang dapat idea dan semangat untuk terus buat roti...



Aneka roti sosej dan chicken floss..



Roti sosej panjang ni nampak macam sama kan tapi ada bezanya... ada yang letak sosej dan sos sebelum dan selepas bakar...



Bila dah siap bakar saya masuk kotak saja nak bagi kawan-kawan... eh harini terus oder.. saya cakap lepas raya cina baru dapat..he he...


Jumpa lagi nanti inshaaAllah...ni curi-curi masa sebelum nak hantar kakak ke sekolah... balik kang banyak kerja yang menanti..


Ceria Selalu :)



Wassalam