Sunday, 9 November 2014

SEEKOR LABAH-LABAH




Assalamualaikum


Seekor labah-labah cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah pun lari
Terbit matahari air tiada lagi
Labah-labah panjat sekali lagi...



Teringat pulak lagu labah-labah a.k.a. Incy Wincy Spider ni... almaklum dulu pernah masuk kursus pengurusan taska..masa tu macam-macam lagu kena nyanyi...termasuk la lagu labah-labah :)

Ni kek semalam saya siapkan tempahan daripada anak saudara.... keknya kek Devil's Food Chocolate Cake.. saya sebenarnya tak pernah cuba buat kek ni... bila saya google resepi ada macam-macam versi... so tak pasti yang mana satu yang betulnya... saya pun bagi rujukan daripada beberapa blog kat anak saudara tu... akhirnya dia pilih resepi daripada blog kak Azlita Masam Manis... makanya I follow...he he..


Kek Devil's Food Chocolate Cake ni saya buat 2 lapis... bahagian tengah saya letak filling creamcheese juga... pastu saya coating kek dengan lebihan creamcheese yang dah saya letakkan dulu pada bahagian atas... tu yang kek jadi tinggi... untuk resepi boleh tengok kat blog kak Azlita okey...

Kek yang saya buat semalam ada 3 biji...yang ni kek yang last saya buat malam tadi... dah pukul 12.30 malam bila coklat dibahagian luar dah keras bila disimpan sekejap dalam petisejuk, baru saya buat fondan labah-labah tu... masa tu baru terhegeh-hegeh nak google camne rupa labah-labah... selama ni tak perasan badan labah-labah ada berapa bahagian...heheheh...dua ke tiga ke... bila dah tengok gambar kat google, ohhhh dua bahagian rupanya... kaler hitam takde kat rumah ni..jadinya bubuh kaler coklat aje... eh ada ke labah-labah kaler coklat... belasah je la kan...


Ada la sikit rupa labah-labah ye dok... cuma silap sebab yang sarangnya tu saya tak buat lengkung... dah terbuat baru perasan... apapun syukur sebab dapat siapkan semua kek-kek malam tadi...

Kejap lagi saya update kek yang lagi 2 tu yek...



Wassalam