Monday, 10 November 2014

RESEPI NO BAKE OREO CHEESE CAKE



Assalamualaikum


Lepas lunch tadi saya ingatkan nak sediakan adunan kulit tart... aiseymen tak cukup tepung la pulak... nak pergi kedai rasa lemah lutut..he he... so mari la kita update satu lagi entri untuk harini... lepas siap entri ni nanti boleh la saya delete gambar-gambar dalam file dropbox... dah banyak sangat nanti pening nak pilih gambar yang baru...


Oreo Cheese Cake ni saya buat hari jumaat lepas... abanglong yang sibuk suruh saya buat...sebabnya dia ternampak peket serbuk oreo kat kabinet dapur... haritu kan saya dah pernah buat oreo cheese cake ni... so ada la lebih banyak lagi serbuk oreo tu... selagi saya tak buat selagi tu la abanglong dok cakap nak oreo cheese cake, nak oreo cheese cake... ada masa free hari jumaat tu saya pun buat kan la... kang kempunan la pulak...heheh..


Untuk resepi No Bake Oreo Cheese Cake ni boleh tengok kat SINI

Oreo Cheese Cake yang ni tak perlu dibakar dalam oven... dan saya juga tak guna gelatin untuk keraskan cheese cake tu... 



Elok guna loyang springfoam untuk nak buat Cheese Cake supaya mudah nak tanggal.

Saya cuma :-

1. Pukul whipping cream sampai betul-betul kental. Dah kental masukkan whipping cream dalam bekas lain.
2. Pukul creamcheese dan gula kastor sampai lembut dan berkrim.
3. Campurkan whipping cream dan adunan creamcheese guna spatula sampai kedua-duanya bercampur rata.
4. Masukkan dan ratakan semua bahan dalam loyang yang telah mampatkan serbuk oreo bercampur butter sebelum tu.


Terpulang samada nak tabur serbuk oreo di bahagian atas atau campurkan ke dalam adunan creamcheese atau nak hias biskut oreo..ikut citarasa masing-masing okey.

Disebabkan saya tak guna gelatin, so kena simpan oreo cheese cake ni dalam petiais di bahagian chiller selama lebih kurang 1 hari atau lebih. 



Bila dah keras keesokkan harinya boleh la dikeluarkan daripada loyang... nak hasil lagi cantik, lepas keluarkan dari loyang, kita masukkan semula dalam petiais bagi lagi keras dan senang dak potong.



Jimat sangat kalau buat sendiri Oreo Cheese Cake ni tau... puas makan anak beranak...



Kalau rasa terliur sila buat lepas ni okey..he he he..


P/S ... saya memang tak rajin nak letak watermark kat gambar-gambar dalam blog saya ni... selalu sangat ada yang ambik gambar dalam blog saya pastu letak kat fb dan cerita sendiri yang buat... selalunya saya akan kenal gambar-gambar yang saya snap dan ayat-ayat resepi saya walau sekali pandang... saya tak marah cuma ralat aje...kelakar pun ada jugak... sebab yang mengambil gambar dan resepi saya tu dah menipu orang lain... 


Selamat Mencuba :)


Wassalam