Friday, 7 November 2014

PENUH




Assalamualaikum


Harini dari pagi sampai malam masa saya penuh... tapi mungkin esok tengahari dah relax sikit kot... pagi tadi pegi bayar macam-macam bil... balik sempat masak dulu... jemu pulak asik beli lauk kat luar aje... sampai dah tak tahu nak makan apa... so harini saya rajin sikit nak main masak-masak kat dapur...


Harini masak Ayam masak lemak cili api... cili api tu khas untuk saya seorang..he he..

Siap je anak-anak semua makan tengahari, saya pun mula bakar kek... lepas bakar kek buat mini pavlova pulak... berjam-jam la jugak... siap je bakar semua saya terus pegi beli barang kat kedai Bagus... tu pun dah petang sangat... dari kedai Bagus ke kedai buah kat Seksyen 9...

Malam, tadi sambil-sambil tengok drama Korea, saya mulakan kerja-kerja melepa kek... keknya 2 biji... dua-dua Black and White Russian Cake... 3 jam gak la nak habiskan semua kerja-kerja tu... memang rasa penat tapi best...

  

Malam ni petiais saya penuh dengan 2 biji kek dan mini pavlova... barang-barang lain terpaksa dikeluarkan untuk bagi laluan pada kek dan pavlova..he he... kek yang dah coating ni kena tunggu keras sikit bahagian luarnya baru saya curahkan coklat ganache... dua-dua ni takyah deco... tengok esok apa ada atas dua-dua kek ni yek...


Jumpa lagi esok, inshaaAllah :)


Wassalam