Thursday, 13 November 2014

GAS PETRONAS HOME DELIVERY DAN TIPS PENGGUNAAN OVEN INDUSTRI GAS




Assalamualaikum


Kisah berlaku sebelum tengahari tadi... dah siap-siap buat adunan kek, tiba masa nak pasang gas oven, kepala gas saya tu tetap keluarkan bunyi desir sssssssssss dan keluarkan bau... saya dah tekan kuat pun tak boleh jugak... kalau masih ada keluar bunyi desir kat kepala gas tu saya tak berani nak bukak api oven... takut meletup ke apa ke.... lebih-lebih lagi bila bau gas dah memenuhi ruang udara dalam rumah... situasi tadi sangat suspen... husben takde...mintak tolong abangngah pun masih tak boleh jugak..




Saya cuba call kedai gas kat seksyen 6 tak dapat pulak... tiba-tiba terpandangkan no hotline gas petronas lekat kat pintu petiais... oh legaaa...boleh cuba call... first time call no hotline gas petronas 1300888427 ni... rupa-rupanya operator yang jawab sangat peramah dan banyak membantu... walaupun gas saya tak habis lagi tapi terpaksa la saya beli gas lagi satu sebabnya nak suruh diorang datang tengokkan kepala gas kat oven saya ni kan... takpe, tong gas kat rumah saya memang ada lebih sebabnya dulu kan buat kuih kukus, banyak pakai gas... kalau ikutkan masa penghantaran gas ke rumah ambik masa 30 minit hingga 2 jam... tapi saya mintak tolong hantar cepat sikit sebabnya adunan kek saya dah siap nak dibakar...lambat kang tak tau apa jadi kat adunan kek tu kan...




Tak sampai setengah jam orang gas petronas tu pun sampai... mintak tolong dia check kan kepala gas ni... kepala gas ni pesen lama katanya...takde kelulusan Sirim pun... haaaaaaaa alamak ye ke... syukur la tak berlaku apa-apa selama pakai kepala gas ni... walaupun saya sedar, setiap kali pasang gas ni setiap kali tu la keluar bau gas... selalunya bila keluar bau gas, saya akan bukak tingkap luas-luas, pasang exhaust fan kat dapur dan pasang kipas menghala ke kepala gas ni... tapi sebelum tu takde pulak terfikir nak tukar kepala gas yang baru.. ada la hikmahnya harini kepala gas ni buat hal...dah longgar sangat pun rupanya...



Jadinya tadi saya suruh staff tu tukarkan kepala gas yang baru... kepala gas automatik katanya... kepala gas automatik ni kalau kita tak guna oven pun takyah dibukak kepala gas tu....kalau sebelum ni setiap kali off kan oven, saya akan bukak kepala gas...so yang ni tak perlu bukak...cumanya kalau nak berjalan jauh dan bercuti lama baru kena bukak kepala gas ni...



Ni la oven yang saya pakai selama 6 tahun ni... oven industri guna gas dan elektrik... oven saya ni muat 1 dulang aje... kalau guna oven industri gas ni sangat jimat penggunaan elektrik berbanding kalau oven guna elektrik sepenuhnya... tapi kalau guna oven industri gas ni kena sentiasa berhati-hati... pastikan masa nak tutup kepala gas tu takde bunyi desir okey... atau sebaiknya kena tukarkan pada kepala gas automatik macam yang saya tunjuk kat atas tu... jadinya takde la hati risau setiap kali guna oven industri gas ni..



Tadi saya suruh adik gas petronas ni posing sambil pegang tong gas... dikkk, cepat posing...akak nak cerita kat dalam blog akak nanti ni...kihkihkih...



Kalau korang sekitar Shah Alam tiba-tiba gas habis, boleh call no kat atas ni okey... servis sangat bagus... dapat khidmat nasihat keselamatan gas lagi tu...he he he...




Wassalam