Wednesday, 29 October 2014

MELAYAN ANAK BUJANG




Assalamualaikum


Hari isnin lepas saya keluar dengan abanglong dan abangngah...mula-mula bawak diorang berdua pergi gunting rambut... kena paksa baru nak gunting... kalau tak paksa, alamatnya sorang rambut dah macam helmet...sorang lagi pulak dah macam bulu biri-biri...kihkihkih...




Lepas gunting rambut diorang ajak pegi kompleks PKNS...nak simpan duit kat BSN... bagus betul diorang berdua ni... berjimat sungguh... orang lelaki kan takde la nak beli baju macam orang pompuan...



Abangngah masuk duit syiling yang dia simpan sepanjang 1 semester haritu... banyak jugak syiling yang dia simpan ni ha... pastu simpan duit raya pulak... heran jugak diorang ni tak teringin ke nak beli apa-apa... tengok gak la berapa baki dalam akaun diorang berdua ni...tak sangka pandai diorang menyimpan... tak macam ibu langsung..he he...



Singgah sekejap makan frozen yoghut ala-ala Tutti Fruity kat Orange Berries...  Orange Berries ni baru buka awal bulan baru ni... sebelah Bank Muamalat... 



Sekarang ni kalau pegi dalam diskaun 10%... kali ke 2 pegi bawak brocher ni dapat diskaun 15%..



Nak makan benda lain pun ada jugak...



Yang ni team bola sepak nak letak atas kek minggu ni... kalau jadi la...suspen je makcik nak buat... almaklum 1st time...harap tiang gol nanti tak senget..he he..



Ceria Selalu..


Wassalam