Monday, 15 September 2014

SAYA ANAK MALAYSIA




Assalamualaikum


Siang tadi kemas-kemas kabinet, saja selak album-album lama... jumpa lak gambar ni... gambar Aliah masa konsert sekolah tadika...



Aliah kena pakai baju kebaya... nasib la ada parent yang anak sama sekolah kat situ bagi pinjam baju kebaya ni... nak pakai sekejap aje kan... tak kuasa nak beli..he he..



Tema pakaian diorang haritu Rakyat Pelbagai Kaum di Malaysia... ada yang pakai baju kaum Cina, India, Punjabi dan macam-macam fesyen ada...



Masa ni Aliah umur 3 tahun..saja hantar masuk taska sebabnya Azwa tadika umur 6 tahun kat situ...lagipun bayar yuran murah aje masa ni... almaklum masa tu dapat subsidi... hantar je la nak bagi dia berkawan... kalau kat taska, pendiam sangat Aliah ni... cuba kalau kat rumah, ha ha dialah pot pet pot pet..

Sempena hari Malaysia 16hb. September hari Selasa ni, saya berdoa mudah-mudahan negara kita sentiasa aman damai walau hidup berbilang kaum dan sentiasa dilindungi dari segala bala, malapetaka dan bencana...Aminnn...


Wassalam