Monday, 8 September 2014

KELUAR BALIK




Assalamualaikum


Oh alahai harini sibuk sikit...rasa tak cukup masa nak bernafas..heheh...kononnya aje... pagi tadi lepas Solat Dhuha tetiba dapat call daripada Ida Katering kata nak oder Fruit Tart dan kuih manis apa-apa je tak kisah asal ada.... alhamdulillah tengah semangat ni boleh la ambik oder balik... sikit-sikit boleh la kot.. kalau banyak nanti semput makcik....



So harini saya sibuk beli barang sana situ sini...Singgah kejap minum Juice Works kat Shah Alam Mall lepas beli buah untuk Fruit Tart esok.. lepas lelah angkat barang sampai senget bahu...hewhew...tapi minum sorang-sorang tak syok la kan...



Mula-mula ingat kuih manis tu nak buatkan Kek Gula Hangus 4 loyang... pastu fikir balik eh baik buatkan Apam Gula Hangus...lagi jimat belanja... 1 adunan boleh dapat 100 biji... alkisahnya acuan apam gula hangus tu saya dah simpan elok-elok kat dalam bekas...bekas tu pulak bubuh dalam beg besar... kena la saya keluarkan balik acuan apam gula hangus tu...ingatkan nak simpan terus...he he...tadi acuan-acuan tu saya basuh  dan keringkan...

First sekali saya uli doh tartlet...dah siap uli simpan dalam petisejuk dulu... pastu saya hanguskan gula untuk apam gula hangus... lepas ambik Aliah kat sekolah agama baru saya mula kerja-kerja buat kulit tart...


Sebelum pukul 9.00 malam tadi kulit tart dah siap bakar...boleh la lepak kejap tengok drama Korea, Temptation... habis drama Korea terus kemas dapur basuh apa yang patut... esok pagi baru nak kukus Apam Gula Hangus tu... tak rajin lak nak buat malam ni... lagipun nak hantarnya tengahari esok... buat pagi ok jugak... so kira settle untuk malam ni...boleh dah zzzzzzzzzzzz...



Ahaiiiiii..lupa nak cerita si Manja kitorang ni yang tengah menunggu hari nak beranak... kitorang lak yang suspen dan risau  bila nak beranaknya si Manja ni...  suka kitorang tengok anak-anak Manja bergerak-gerak dalam perut... kitorang yang over excited tak sabar nak tengok anak-anak Manja nanti... almaklum ni la kucing yang paling lama kitorang bela... yang menyampahnya kitorang dah sediakan kotak dan kain tempat nak beranak...boleh lak Manja taknak dok dalam tu... dia dah pilih tempat kat mana tau... kat rak bawah sekali tempat saya letak buku-buku resepi... sabor je la kan... layan je la ibu mengandung,...heheh...  harap Manja beranak dalam minggu ni... takutnya minggu depan kot la kalau kitorang pegi bercuti, mana ke tempat nak beranak nanti... mudah-mudahan Allah permudahkan...


Jumpa lagi, inshaaAllah...


Wassalam