Friday, 12 September 2014

20 TAHUN



Assalamualaikum


Alhamdulillah..Manja dah selamat melahirkan anak-anaknya malam tadi... kitorang dapat tengok LIVE sekor-sekor anak-anaknya keluar... Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar... dapat tengok keajaiban depan mata dari awal sampai akhir... 4 ekor semuanya... taktau lagi nak bagi nama apa...




Harini besdei anak sulong saya... 20 tahun dah umur abanglong... rasa macam baru lagi saya melahirkan dia... mengandung anak pertama memang pengalaman yang paling berharga... walaupun saya muda sangat masa tu tapi bila dah anak, secara automatik penampilan dan cara saya berfikir lebih matang dari usia...



Masa kecik abanglong lambat bercakap, kuat menjerit dan sangat hyperaktif... bila orang di sekeliling mula persoalkan kenapa abanglong nampak tak sama macam kanak-kanak yang lain, saya mula rasa sedih dan selalu terfikir akan masa depan abanglong bila dah besar nanti... tapi kuasa Allah yang Maha besar... semakin dewasa, abanglong dah banyak berubah... abanglong sangat mendengar kata, tidak pernah berkata tidak kalau apa yang saya suruh dan alhamdulillah cemerlang juga dalam pelajaran... bila teringatkan cabaran dan dugaan sepanjang mendidik dan membesarkan abanglong, kami sebagai ayah dan ibu terasa kepayahan kami dulu Allah gantikan dengan kejayaan abanglong satu persatu...

 

Abanglong dan abangngah lahir pada bulan yang sama...abangngah 2hb...  beza umur diorang berdua 2 tahun... mudah-mudahan hidup abanglong dan abangngah sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah... dan semoga berjaya dan cemerlang di dunia dan di akhirat... Aminnnn... 



Wassalam