Thursday, 14 August 2014

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)



Assalamualaikum


Alhamdulillah harini tergerak hati nak bukak balik blog... ni pun sebab tak larat nak menjawab sms, whatsapp, email dari korang... tak sangka ramai gak peminat saya yek...hewhew...perasan sekejap... maafkan saya coz tak dapat nak jawab sms/whatsapp/email satu persatu....

So sempena saya bukak balik blog ni, ada la pembaharuan sana sini... sebab blog saya ni ramai pembaca senyap, makanya saya tak berhajat nak bukak ruangan komen... lagipun saya tak mampu nak jawab komen-komen yang berbentuk soalan macam-macam yang kadang kalanya buat saya pening nak berfikir... harap maafkan saya...

InshaaAllah lepas ni saya akan update blog seperti biasa mengikut tahap kemampuan saya... kadang-kadang takde cerita yang berfaedah yang nak dikongsi pun.. mudah-mudahan blog saya ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin...

Sempena hari raya yang masih berbaki ni, saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya selama saya berblog ada kata-kata yang mengguris hati korang... kadang-kadang sendiri tak sedar pun... ingat nak buat lawak tapi mana la tahu kot ada yang terasa... maafkan saya okey...



Terima kasih pada husben yang galakkan saya untuk berblog semula... terima kasih juga pada kata-kata korang semua yang buat saya terharu... TQQQQQQQ :)


Jumpa lagi, inshaaAllah..


Wassalam