Saturday, 30 August 2014

NO BAKE OREO CHEESECAKE




Assalamualaikum


Sibuk pulak saya dua tiga harini... uruskan hal-hal duniawi... alhamdulillah harini kiranya dah settle... baru la boleh nak update blog dengan senang hati...


Cuti tiga harini kitorang tak kemana...dok rumah aje... saya cakap kat Azwa dan Aliah, nanti kita main masak-masak...he he... suka diorang berdua bila ibu cakap macam tu....

Berbalik pada cerita Oreo Cheesecake yang saya buat malam Rabu lepas... saja je buat sebab nak habiskan cream cheese yang masih berbaki 500 gram dalam petiais... takut cream cheese tu tak elok pulak bila simpan lama...jadinya saya fikir nak buat sesuatu yang guna habis cream cheese 500 gram tu... fikir punya fikir, akhirnya saya dapat idea nak buat cheesecake....



Sebelum nak buat cheesecake ni saya memang dah beli siap-siap loyang boleh keluarkan alas bawahnya ni... loyang ni boleh direnggangkan bahagian tepi...so senang nak keluarkan cheesecake bila dah keras... loyang yang saya gunakan loyang 9 inci..



Google punya google resepi cheesecake yang paling mudah, akhirnya saya pilih resepi daripada blog omputih.... resepi cheesecake ni tak perlu dibakar... dan saya pilih resepi yang ni sebabnya bahan-bahan yang digunakan dah memang ada kat rumah... kalau resepi no bake cheesecake yang lain selalunya kena letak gelatin (yang halal)...saya malas pulak nak beli gelatin tu sebab seumur hidup tak pernah beli... kalau korang perasan, saya juga tak berapa suka guna bahan seperti ovalet dan krim of tartar... selalunya saya akan olah sesuatu resepi yang ada guna bahan-bahan tu atau senang cerita saya tak akan buat langsung..ha ha ha... takyah pening kepala...



Kalau ikut resepi asal, kena guna 450 gram creamcheese...tapi sebab creamcheese saya 500gram, haaaaaaa belasah je la kan guna 500gram...buat apa nak tinggal sikit lagi 50gram tu kan... 




Bahan-bahan untuk loyang 9 inci :-

200 gram biskut oreo yang dah dihancurkan..(saya beli yang memang dah siap hancur)
100 gram butter yang dah dicairkan.. (saya biarkan je butter tu lembik kat luar)
Kedua-dua bahan dicampurkan dan ditekan-tekan padat dalam loyang untuk dijadikan base...

300 gram atau 1 setengan cawan whipping cream  
500 gram creamcheese
200gram gula kastor
Sedikit perahan lemon.

Mula-mula kita buat base dulu.
Pastu pukul whipping cream hingga kental. 
Pukul creamcheese dan gula kastor sampai lembut dan kemudian masukkan whipping cream yang kita dah pukul kental tu tadi... Pukul perlahan semua bahan. Masukkan perahan lemon.
Dah siap, kita tuangkan semua bahan-bahan ke dalam loyang. Ratakan bahagian atas. Hentak-hentak sikit loyang tu... Pastu boleh la tabur kan serbuk oreo ke atau susun biskut oreo kat atas tu...ikut suka okey...



Dah siap kita masukkan loyang tu dalam petiais dan biarkan selama lebih 24 jam... sebab tak letak gelatin, so ambik masa lama sikit nak keras... kalau simpan 2 hari pun lagi sedap tau...sebab dah agak keras sikit... 

Memang sedap rasa No Bake Oreo Cheesecake ni... kalau buat mesti anak-anak suka... boleh gak bagi kat jiran-jiran sebelah... jimat pun ye juga... tapi kalau rasa nak makan sepotong aje, beli aje la kat luar, habis cerita...he he he...


Selamat Bercuti..


Wassalam