SAHABAT KUIH & DIET

TERIMA KASIH SUDI DATANG


Sekadar ingin berkongsi cerita, kongsi rasa, kongsi pengalaman, suka dan duka, kisah keluarga, kisah impian dan cita-cita, mudah-mudahan dapat manfaat bersama. Maaf kalau yang dah follow blog ZZ tapi ZZ tak follow balik..kadang-kadang tu takde link... apapun terima kasih semua :)

Friday, 4 July 2014

SARDIN ROLL



Assalamualaikum



Ku mengharapkan Ramadhan kali penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna...

Salam Jumaat yang penuh barakah di bulan Ramadhan yang mulia ini.. harini acik nak kongsi cara nak buat Sardin Roll pulak... Sardin Roll ni buat petang semalam...misi nak menghabiskan roti yang dah nak expired.. Inti Sardin pun dah memang ada dalam petisejuk beku... tinggal panaskan aje dah boleh buat...




Inti Sardin tu kalau tak rajin nak buat sambal, boleh jugak kalau dihancurkan pastu letak bawang besar, cili merah atau cili padi dan letak air asam limau atau air asam jawa... tapi kalau acik, memang acik akan buatkan sambal sardin...

Resepi Inti Sambal Sardin ikut cara acik :-

1 Tin Sardin cap apa-apa suka...(dihancurkan dan dibuang tulang yang ada dan ditapis air sosnya..)
1 ulas bawang besar dan 2 ulas bawang putih - diblend
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 senduk cili blend
Sedikit air asam jawa atau air limau kasturi
Sedikit garam
Sedikit gula

1. Panaskan sedikit minyak (jangan banyak sangat tau..nanti sambal banyak minyak pastu nanti meresap kat roti..)
2. Masukkan bawang besar dan bawan putih yang dah diblend. Tumis sampai naik bau.
3. Masukkan cili blend. Tumis sampai garing sikit.
4. Masukkan sardin yang telah dihancurkan.
5. Masukkan bawang besa yang dipotong dadu
6. Masukkan satu sudu kecik gula dan garam secukup rasa.
7. Last sekali masukkan air asam jawa atau air limau kasturi.
8. Masak semua bahan sampai kering sikit.
9. Sejukkan. Kalau sambal nampak berminyak sangat, boleh la ditapiskan minyak tu okey.



Ambik sekeping roti kita gelekkan nipis. Kalau rajin boleh la dikukus sekejap roti tu. Kalau dikukus, lagi senang nak gelek. Tapi acik tak rajin nak kukus... acik terus gelek roti tu...Lagipun sebab taknak roti tu nipis sangat.

Letak inti sardin, kemudian kita gulung kemas dan padat... kalau tak kemas gulung, nanti banyak serap minyak masa goreng. Sampai hujung kita sapu gam... Gam tu acik buat daripada sedikit tepung gandum dan sedikit air... kalau gam yang ni kena buat pekat sikit. Kalau gam cair sangat, nanti cepat terbukak...



Kiranya ni dah kemas sangat la gulung sardin roll ni..he he he..



Pastu kita celup dengan telur... telur tu acik letak air sikit dan dikacau... jadinya bila goreng nanti nampak cantik sikit... Kalau ada bread crumb boleh la salut dengan bread crumb... kalau takde bread crumb pun takpe...yang ni acik letak bijan hitam...dah tu aje yang ada kat dapur..hikhik... 

Sardin Roll yang dah siap ni nak buat frozen pun boleh... goreng pada api sederhana... kalau api perlahan nanti serap minyak...kalau api kuat nanti cepat rentung... so sederhana aje okey... dah siap goreng, kita toskan... pastu boleh la dihidang... mesti anak-anak suka makan sardin roll ni... tak caya cuba buat petang ni...heeeeeeeeeee...


Jumpa lagi, inshaaAllah..ceria selalu :)


Wassalam


10 comments:

  1. aishh nmpk sdp la kak..mudah je nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mudah je Lya..kalau buat sendiri leh letak sardin tu banyak sikit kan :)

      Delete
  2. Nk cuba buat la ptg ni,bole makan pas berbuka nanti....

    ReplyDelete
  3. memang sedap ni kak..kalau takde idea nak masak ape boleh try ni untuk kudapan malam ke sahur ke kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah Fiza...haritu kitorang pun sahur makan sardin roll ni jugak...buat banyak2 leh simpan frozen dalam petiais kan :)

      Delete
  4. Tun suka makan! tp stress tang serap minyak tuu.. huhu.. kdg2 buat ok kdg2 mmg serap minyak byk betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun...kalau nak goreng sardin roll ni kena guna minyak masak yang pertama kali guna... atau masa nak gulung roti tu kena padat sikit... nanti cuba lagi ye Tun :)

      Delete
  5. Video roti jala xdah dh ek.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...