Tuesday, 27 May 2014

UNTUKMU CIKGU :)




Assalamualaikum


Harini sibuk sikit... awal pagi kontraktor indon dah datang nak tampal atap dapur dan plaster syiling kat luar rumah... almaklum sekarang ni kerap hujan kan... bocor la pulak sana sini kat dapur tu... dah sekali ada kontraktor indon tu, acik suruh la sekali catkan dinding sebelah tangga dan dapur sekali... nak tukar semua warna cokelat... takde dah kaler pink..he he...



Esok ada sambutan Hari Guru kat sekolah kakak dan dikya... penat la kitorang fikir nak bagi apa kat cikgu ni...dikya cadangkan bagi kerongsang tudung...acik cakap, cikgu awak mesti dah dapat banyak kerongsang tudung...silap2 cikgu boleh bukak kedai kerongsang tudung tu tau...heheh... 

Pastu dikya cakap kawan kat kelas dia ada yang bagi Parero Roce besarrrrrr... acik cakap Parero Roce takde tanda halal, so takleh beli...kehkehkeh... memandai je ibu kan...sabo je la ibu ni...

Last2 kitorang beli bekas tin ni... acik cadangkan nak letak cookies... nasib la diorang berdua setuju... bagusssss...senang keje ibu... malam baru start buat... 




Macam comel je cookies letak dalam plastik ni kan... plastik tu beli kat Daiso... saja suka beli... akhirnya ada gak gunanya...



Cookies yang acik buat tadi sangat nipis dan crunchy sebabnya guna tepung Red Rose... 




Yang ni mug kakak nak bagi cikgu yang dah nak pindah sekolah lain katanya... cookies yang dalam bekas tin nak bagi guru kelas...


Selamat Hari Guru pada semua cikgu-cikgu di luar sana... terima kasih juga pada cikgu-cikgu, ustaz dan ustazah yang telah mendidik dan mengajar anak-anak acik dari SRK Raja Muda, SRA Seksyen 3 sampai la SMK Seksyen 7... terima kasih cikgu :)



Wassalam