Sunday, 25 May 2014

CONGO BARS SIMPLE DAN SEDAP



Assalamualaikum


Semalam tiba-tiba anak saudara husben datang mengejut... diorang tengok Mexican Bun yang acik buat kat FB...konon nak rasa makan Mexican Bun tu... kalau bagitau awal-awal, boleh la acik simpankan Mexican Bun tu untuk diorang... alkisahnya Mexican Bun tu acik buat 24 biji, 6 biji acik bagi jiran belakang rumah, yang lain tu semuanya anak-anak acik berulang-ulang makan...



Kesian pulak tengok anak saudara tu kat rumah takde apa-apa nak bagi diorang makan...teringat ada butter dan coklat cip... terus acik cakap acik nak buatkan diorang Congo Bars... amende Congo Bars tu..diorang pun tak pernah dengar..he he...

Kejap aje nak buat Congo Bars ni...bahan-bahannya simple aje... masa acik sukat bahan-bahan nak buat Congo Bars ni acik tersilap sukat sebenarnya... tapi pasrah aje masa nak membakar dalam oven.. kalau jadi, alhamdulillah..kalau tak jadi, kena la buat lagi sekali.





Tapi bila dah siap bakar, alhamdulillah kejadiannya sama... menjadi dengan jayanya.... anak-anak acik cakap lagi sedap... kalau yang sebelum ni acik buat, rasanya padat... tapi kalini buat teksturnya lembut sikit tapi tak la rasa macam kek sangat..ada la hikmahnya acik tersalah sukat tu kan...he he he...

So harini acik buat lagi... Congo Bars yang semalam acik dah bagi kat anak saudara tu bawak balik. Korang  kalau tak pernah buat Congo Bars, boleh sangat kalau nak cuba resepi Congo Bars yang acik nak bagi ni... cara nak buat pun mudah aje... tak sampai 5 minit dah siap boleh terus masuk oven...




Jom tengok step by step buat Congo Bars ni..




310 gram Tepung Gandum
2 1/2 sudu kecik  Baking Powder
250  Butter    ( ramai yang buat guna 150 gram butter.. terpulang nak ikut yang mana okey..)
300 gram   Gula Perang
3 biji telur B
1 sudu kecik  Esen Vanilla




Pukul butter dan gula perang. Sebaiknya butter yang dah lembut sikit iaitu yang dah lama kita keluarkan dari petiais. Pukul tak perlu hingga kembang. Guna kelajuan perlahan aje. 



Kemudian masukkan telur. Pun pukul sekejap aje.



Masukkan Esen Vanilla.



Masukkan tepung gandum yang dah dicampurkan dengan Baking Powder. Selepas tepung dah gaul rata, kita kaup balikkan adunan.



Masukkan Coklat Chip banyak mana ikut suka. 1 cawan pun okey.



Acik guna loyang 10 x 10. Tak boleh guna loyang kecik, nanti tak masak bahagian tengah. Kita lengserkan loyang dengan margerin atau butter dan kita alaskan dengan baking paper. Kemudian kita masukkan adunan ke dalam loyang.



Ratakan kesemua bahagian.



Taburkan coklat cip.



Boleh juga kalau nak letak almond slice.. tapi kalau letak almond slice banyak camni, bila potong jadi comot sikit... kalau nak senang potong, kita taburkan almond nib aje.

 

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven. Sebelum tu kena la panaskan oven dulu selama 15 minit.



Bila dah sejuk sikit, kita keluarkan dari loyang.

 

Dah sejuk betul baru kita potong. Acik potong 6 x 6...so dapat 36 biji... bila dah potong kita alaskan dengan paper cup ni...nampak comel aje kan...

Hari Raya tahun ni korang boleh la buat untuk hidang pada tetamu...kompom tetamu semua suka.


Selamat Mencuba :)



Wassalam