Saturday, 17 May 2014

CHICKEN PIE ... STEP BY STEP




Assalamualaikum


Lama dah janji nak ajar korang buat Chicken Pie ni... asik lupa je... marah Ein kat acik...ampun Ein yek...heheh... Ein ni dulu student acik belajar buat kuih melayu.... selalu masuk blog acik ni tapi jadi silent reader aje katanya...tapi semua cerita dalam blog ni dia dah hafal...he he he... asal ada resepi baru yang acik tunjuk, dia mesti cuba buat... tapi kalau acik hanya tayang gambar pastu takde resepi, nanti dia whatsapp "kak inaaaaaa...tolong update resepi dan step bu step, pleaseeeee...tak sabar dah nak cuba.." Sabor je la mak budak ni kannnnn...


Okey mula-mula sekali korang kena sediakan doh pastri dulu...

250 gram tepung gandum
150 gram butter
1/2 sudu kecik garam halus
70ml  air


1. Masukkan garam halus dalam tepung.
2. Potong butter kecik-kecik.
3. Gaulkan dengan tepung...ramas-ramas sampai jadi macam serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit.
5. Gaulkan hingga rata.
6. Balut doh dengan plastik.
7. Simpan dalam petiais lebih kurang 1 jam.

Sambil nak menunggu tu kita buat inti chicken pie ni pulak.

Bahan-bahannya :-

Ayam kisar (acik suka jenama Ramly)
1 tin Mushroom Soup (acik suka jenama Campbells)
Mix Vege
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
* kedua2 bahan di blend
1 biji bawang besar dipotong dadu
sedikit lada hitam
sedikit garam

1. Tumiskan bawang yang dah diblend.
2. Masukkan ayam kisar.
3. Masukkan mix vege.
4. Masukkan bawang besar yang dipotong dadu
5. Masukkan Mushroom soup
6. Masukkan lada hitam dan garam

Sejukkan inti yang dah siap dimasak.

Resepi Inti Chicken Pie boleh tengok kat SINI



Keluarkan doh pastri dari petiais. Kalau takde meja canai, kita guna tutup periuk bahagian belakang pun boleh aje. Sebelum nak canai doh pastri ni kena letak plastik dulu. Kemudian ambik sedikit doh. Pastu letak lagi satu plastik atas doh. Baru kita gelek. Kalau tak nanti, doh pastri melekat kat penggelek. Dan kalau letak plastik akan memudahkan kita nak letak doh pastri pada acuan... gituuuuu.



Buka plastik yang bahagian atas.



Pegang plastik yang bahagian bawah, kemudian kita telangkupkan doh pastri tu pada acuan.



Pastu kita tekan-tekan doh pastri dalam acuan tu. 


Pastu potong bahagian tepi dengan pisau. Kalau nak cubit-cubit dengan tangan je bolehhhh..ikut suka..



Jadi la camni...


Masukkan inti...


Ulang langkah yang sama gelek doh dan terbalikkan doh  untuk menutup inti ni tadi...pastu potong bahagian tepi...



Ambik garpu tekan-tekan bahagian tepi.



Pastu guna garpu untuk tekan lubang kat bahagiah tengah. Asal guna garpu cucuk-cucuk je mesti acik teringat Kassim Selamat filem Ibu Mertuaku...kehkehkeh...



Buat camni...



Pastu sapu bahagian atas dengan kuning telur semata-mata... kalau guna kuning telur aje, bila dibakar nampak garing cantik.



Siap untuk dibakar...kalau oven acik suhu 180 darjah celcius.Bakar sampai bahagiannya atasnya nampak garing okey..



Dah siap bakar... macam sedap je kan...heheh... nak lagi sedap kita makan dengan sos lada hitam... resepi sos lada hitam korang google sendiri...he he he...


Selamat Mencuba dan Selamat Berhujung Minggu :)



Wassalam