Friday, 7 March 2014

MINI SOSEJ ROLL BUN




Assalamualaikum


Tengah-tengah panas terik ni, teringat lak kat lagu Dato' CT... Sanggar Bayu... korang pernah dengar tak... lagu daripada album pertama Dato' CT...


Panas yang membakar bumi
Hangus segala kehijauan
Langit menjadi kelabu
Hilang segala kebiruan

Dalam terik panas ini
Aku rindu pada hujan
Aku rindu pada tiupan angin
Sanggar bayu kan ku dirikan

Sungguh kejamnya manusia
Tangan yang penuh dengan dosa
Memusnahkan segala-gala
Hati tak bertimbang rasa

Sanggar bayu ku dirikan
Tempat laluan sang angin
Burung-burung berkicauan
Di lubuk ikan bermain






Okey berbalik pada tajuk asal, petang semalam acik buat roti mini sosej roll ni... acik buat 1kg tepung... buat 2 bekas...senang nak uli tangan kalau 500gram tepung... kejap aje uli doh dah licin.... kalau buat sekali 1kg tepung, takut tangan tak larat nak menguli, nanti roti tak berapa lembut...



Tengah cuaca panas ni, doh ni cepat betul kembang... jadinya acik kena pandai bajet masa nak bentukkan mini sosej roll ni batch by batch....kena ambik kira masa untuk membakar dalam oven... kalau doh yang dah dibentuk ni dah terlalu kembang, bila dibakar roti jadi tak cantik...lilit pun akan terbukak... kalau buat sikit takde hal la kan... 




Berdoa gak la jangan la banyak yang hodoh...kalau tak cantik, segan lak nak jual kat orang... alhamdulillah banyak yang menjadi....cuma ada 3 aje yang terbarai...he he... 



Kalau nak cuba buat Mini Sosej Roll Bun ni, boleh tengok resepi dan cara buat kat SINI

1kg tepung dapat 80 biji... setiap doh ditimbang 25 gram... roti mini sosej roll ni kalau ikut acik jual sebiji RM1-00... 

Untuk yang baru nak mula belajar buat roti, boleh la cuba uli guna tangan dulu okey... bila roti dah jadi, ramai yang suka dan dah ada tempat nak letak, baru la kita kembangkan bisnes beli mixer dan oven yang besar...


Jumpa lagi :)


Wassalam