Monday, 10 March 2014

DIY GOODIES BAG



Assalamualaikum


2, 3 hari ni takde mood...selalunya hari Sabtu atau Ahad acik akan keluar jalan-jalan pegi mana-mana... tapi 2 hari ni tak ke mana...dok terperap dalam rumah aje... entahnya rasa sedih dan sayu.... risaukan pesawat MH370 tu...terkenangkan nasib baby dan yang lain kat dalam pesawat tu...Allah jua yang maha mengetahui...

Untuk nak kurangkan rasa debar dalam hati acik ni, harini acik nak tunjuk kat korang camne nak buat sendiri Goodies Bag...kot la nak buat kenduri Cukur Jambul ke, Birthday anak ke, kenduri kahwin ke...boleh gak kalau kita nak buat sendiri Goodies Bag tu kan... jimat banyak belanjanya... kalau paper bag ke beg kain tu ke harga lebih kurang RM1-00...tapi kalau buat sendiri ni acik anggarkan dalam 20 sen kos untuk 1 pek...bergantung pada aksesori yang kita nak letak kat Goodies Bag kita tu...


Acik nak tunjuk cara yang simple aje... kalau nak yang lagi kebabom korang google la yek.. banyak contoh yang cantik-cantik tau...



Beg kertas coklat ni ada 2 saiz... kalau yang saiz kecik tu sesuai kalau nak isi benda yang ringan aje contohnya macam sebiji cupcake dan tuala kecik contohnya..kalau nak letak air kotak ke air mineral kecik ke memang tak sesuai...takut terbolos dan takleh nak ditindih..

Kalau rasa nak letak macam-macam, beli yang saiz besar ni aje okey... takde la mahal sangat pun... acik lupa dah harganya...





Kalau yang saiz besar ni, panjang sikit...bila dah letak macam-macam pun masih berlebih panjangnya... so kalau kita nak nampak kemas, boleh la lipat macam ni... sebaiknya kita lipat sebelum nak isi barang sebab nak dapatkan line lipatan tu... kalau dah isi barang, susah jugak nak lipat kemas nanti...



Yang saiz besar ni kita takyah letak kertas keras kat dalam tu memang dah sedia ada dan boleh berdiri sendiri...



Pastu kita letak doily paper putih ni... acik beli kat Kedai Bagus...



Penebuk lubang kita kena beli yang 1 lubang aje... kalau yang biasa ada 2 lubang tu jarak antara 2 lubang jauh sangat...



Dah buat lubang, boleh la ikat reben ikut tema warna yang kita suka... 


Kalau nak jimat buat sticker ni, kita design sendiri guna Photoscape ke pastu print kat kedai photostat yang ada jual sticker paper... tapi kena gunting sendiri la kan...yang ni kononnya acik nak buat masa besdei Aliah tahun lepas... tahun ni nak buat tema lain la gamaknya...



Sticker tu nak lekat kat situ boleh...



Nak lekat kat tengah pun boleh juga...



Jumpa lagi... 



Wassalam