Saturday, 22 March 2014

BERTEMU NOVELIS AIN MAISARAH @ KINOKUNIYA, KLCC




Assalamualaikum


Harini memang dah janji dengan abanglong nak pergi KLCC... abanglong nak gunakan voucher beli buku kat Kinokuya... sampai kat Kinokuniya, tak sangka lak rupanya harini ada sessi bergambar dengan Novelis Ain Maisarah...seronok sangat la kakak dan Dikya...diorang berdua ni kan peminat setia Ain Maisarah...asal pegi MPH ke Kinokuya ke mesti beli novel Ain Maisarah... dah boleh buat koleksi gamaknya...





Macam tahu-tahu je kan masa pun cantik sangat dah... kitorang sampai je kat Kinokuniya, tak lama tu sessi bergambar dan tandatangan autograf pun mula...kecik comel aje rupanya Ain Maisarah ni... suaranya pun lembut dan manja....




Kelakar je masa Ain Maisarah tanya umur kakak... kakak cakap, "saya tingkatan 1.." Ain Maisarah cakap takpe, badan kecik awet muda...he he..


Yang ni pandang kamera orang PTS...



Suka sangat la diorang berdua dapat bergambar dengan Ain Maisarah... dapat pulak kalendar percuma sorang satu...



Acik suka gambar yang ni... tengan borak apa, acik main snap..hikhik...





Jadi la dapat snap gambar abanglong dan abangngah dari belakang... diorang berdua ni memang payah beno nak bergambar... tadi masa makan, acik tanya,"Abanglonggg sayang ibu tak..." Abanglong jawab laju tapi macam takde perasaan.."Sayang.." "Kalau sayang ibu, lepas makan nanti tolong ambikkan beg telekung ibu dalam kereta ye.." Nak taknak terpaksa la abanglong pegi tolong ambikkan...nasib abangngah nak teman... saja je ibu sesekali nak mendera anak kan..kehkehkeh... 


Selamat Berhujung Minggu


Wassalam